BEBERAPA ujian Starship yang dilakukan oleh SpaceX berakhir dengan kegagalan setakat ini sehingga menyebabkan Misi Artemis ke bulan ditangguhkan ke 2026.
Sungguhpun Starship masih belum terbukti boleh digunakan seperti yang dijanjikan, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DoD) sudah menghubungi SpaceX untuk membeli Starship bagi kegunaan misi sensitif ketenteraan.
SpaceX mengesahkan mereka telah dihubungi oleh pihak Pentagon.
Misi yang dilakukan menggunakan Starship ini tidak akan dikendalikan oleh SpaceX tetapi secara kendiri oleh DoD. Ia bukan sahaja melibatkan misi sensitif tetapi juga misi berbahaya.
Pada ketika ini SpaceX belum memberikan jawapan kepada permintaan DoD kerana kesemua misi yang dilakukan oleh mereka adalah perkhidmatan yang dibayar.
Dua tahun lalu pihak tentera Amerika Syarikat menganugerahkan kontrak untuk menggunakan SpaceX sebagai kapal angkasa pengangkut kargo.
Dalam situasi tertentu, bekalan penting mungkin perlu dihantar ke lapangan lebih pantas berbanding menggunakan pesawat kargo sedia ada.
Starship menjanjikan kargo boleh dihantar ke mana-mana lokasi di dunia dalam masa beberapa jam dan bukannya puluhan jam seperti sekarang. -Amanz
Amanz
Sun Feb 04 2024

Starship menjanjikan kargo boleh dihantar ke mana-mana lokasi di dunia dalam masa beberapa jam dan bukannya puluhan jam seperti sekarang. -Amanz
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

AS tandatangan kontrak AS$33.1 bilion untuk pembangunan Pentagon
Amerika Syarikat menandatangani kontrak bernilai lebih AS$33.1 bilion untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi kepentingan Jabatan Pertahanan.

90 pokok berisiko tinggi dikenal pasti di Kuala Lumpur sejak bulan lepas
Proses penebangan 90 pokok berisiko tinggi yang disyorkan untuk ditebang di sekitar Kuala Lumpur sedang dijalankan dan dijangka selesai seawal Julai ini.

Pentagon zahir hasrat beli Starship untuk kegunaan misi sensitif
SpaceX mengesahkan mereka telah dihubungi oleh pihak Pentagon.

Belanjawan AS: Biden dijangka kemuka cadangan pertama 27 Mei
Rob Friedlander yang menjelaskan, keutamaan adalah bagi perbelanjaan pertahanan hingga pengurangan defisit.

COVID-19: Risiko dijangkiti dalam pesawat adalah rendah - Kajian
Dengan menganggarkan hanya seorang dijangkiti dalam satu pesawat, ia tidak akan memberi kesan kepada penumpang lain dalam kabin.