BRUSSELS: Penerbangan di Kesatuan Eropah akan diberi label alam sekitar mulai 2025 dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan bahan api penerbangan yang lebih mampan secara meluas, lapor agensi berita Jerman dpa.
Label itu bertujuan menyediakan pengguna dengan maklumat tentang kesan karbon yang dijangkakan bagi setiap penumpang dan membolehkan mereka membandingkan prestasi alam sekitar pengendali yang berbeza, kata kenyataan akhbar Parlimen Eropah.
Perunding dari Parlimen Eropah dan negara anggota EU pada Selasa juga bersetuju pada malam Selasa mengenai penggunaan 2 peratus bahan api jet mampan mulai 2025, diikuti peningkatan beransur-ansur kepada 70 peratus menjelang 2050.
"Menerusi peraturan ini, penyahkarbonan penerbangan semakin nyata," kata perunding utama Parlimen EU Jose Ramon Bauza Diaz, ahli parlimen liberal dari Sepanyol.
Bahan api yang dianggap mampan termasuk bahan api sintetik, biobahan api tertentu yang dihasilkan daripada sumber termasuk alga, sisa bio atau minyak masak terpakai, bahan api jet kitar semula daripada gas buangan dan plastik serta hidrogen yang dijana daripada tenaga boleh baharu.
Bagaimanapun, perjanjian itu masih perlu diterima pakai secara rasmi oleh parlimen dan negara anggota.
Inisiatif untuk menggalakkan bekalan dan pengambilan bahan api yang lebih mampan dalam penerbangan bertujuan menyumbang kepada matlamat iklim EU.
Blok itu mahu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sekurang-kurangnya 55 peratus menjelang 2030 berbanding tahap 1990 dan menjadi neutral iklim menjelang 2050.
Penerbangan awam bertanggungjawab ke atas 13.4 peratus daripada pelepasan CO2 EU dalam sektor pengangkutan, menurut Parlimen Eropah.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Wed Apr 26 2023
Label itu bertujuan menyediakan pengguna dengan maklumat tentang kesan karbon yang dijangkakan bagi setiap penumpang. - Gambar fail/Reuters
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Pasar Krismas dibuka di Damsyik
Menyelang sambutan Krismas tidak lama lagi, sebuah pasar dikelilin dibuka di Damsyik pada Khamis, sepuluh hari selepas kejatuhan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
Anwar sertai Sidang Kemuncak G20 hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musuem of Modern Art di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak G20.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.