BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu mendesak Israel untuk menamatkan operasi ketenteraannya di Rafah "dengan segera", sambil menekankan bahawa operasi ketenteraan yang berterusan "pasti akan memberi tekanan besar" terhadap hubungannya dengan Israel, lapor Xinhua.
"Kesatuan Eropah menyeru Israel untuk tidak memburukkan lagi keadaan kemanusiaan yang sudah teruk di Gaza dan membuka semula lintasan Rafah," kata Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell dalam satu kenyataan.
"Jika Israel meneruskan operasi ketenteraannya di Rafah, ia pasti akan memberi tekanan besar terhadap hubungan EU dengan Israel," kata Borrell.
Operasi ketenteraan Israel terus mengganggu pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza dan membawa kepada lebih banyak perpindahan dalaman, pendedahan kepada kebuluran dan penderitaan manusia, katanya, sambil menambah bahawa lebih daripada satu juta orang awam berlindung di dalam dan sekitar Rafah, dan telah diberitahu untuk berpindah ke kawasan yang tidak selamat.
Kereta kebal Israel pada Selasa berarak menuju ke pusat Rafah, bandar paling selatan di Semenanjung Gaza, ketika puluhan ribu penduduk melarikan diri untuk mengelak serangan darat Israel, lapor sumber tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Operasi ketenteraan Israel terus mengganggu pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza dan membawa kepada lebih banyak perpindahan dalaman, pendedahan kepada kebuluran dan penderitaan manusia. - Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).

Israel bunuh 24 lagi rakyat Palestin termasuk kakak Ismail Haniyeh
Kereta kebal Israel juga bergerak lebih dalam ke kawasan barat Rafah di selatan Gaza dan meletupkan rumah.

Israel bunuh 45 lagi rakyat Palestin
Tembakan dari pesawat, kereta kebal dan kapal di luar pantai mendorong gelombang baru perpindahan rakyat Palestin dari bandar itu.

Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah
Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial terkandas di sempadan Rafah di Mesir.

Kepulan asap terus menyelubungi langit Rafah
Pemandangan menyayat hati itu disusuli dengan pemandangan helikopter rejim Israel melakukan rondaan berdekatan sempadan.

Guterres kecam serangan Israel di Rafah, sifatkan 'imej yang menyayat hati'
Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel pada 26 Mei yang menyasarkan kem di Rafah menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Serangan di Rafah tragis namun bukan operasi skala besar - AS
Kematian yang tercetus di Rafah baru-baru ini tidak dianggap sebagai satu operasi ketenteraan berskala besar yang melampaui batas.

Hamas desak Majlis Keselamatan PBB ambil 'langkah segera' hentikan serangan Israel ke atas Rafah
Hamas pada Selasa menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan berterusan Israel di Rafah.

Serangan Israel: Hampir sejuta orang larikan diri dari Rafah sejak 3 minggu lalu
UNRWA berkata penduduk beramai-ramai meninggalkan Rafah walaupun "tiada tempat yang selamat untuk pergi dan di tengah-tengah pengeboman, kekurangan makanan dan air".

16 terbunuh dalam pengeboman Israel ke atas Rafah
Ribuan rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan barat Rafah selepas tentera Israel meluaskan serangan ke bandar itu pada Isnin malam.