Enam pejalan kaki mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta yang bertindak melintasi laluan kaki lima di Flatbush, Brooklyn, Amerika Syarikat.

Jurucakap Jabatan Bomba New York (FDNY) memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar 12.57 tengah hari Jumaat, waktu tempatan.

Tiga daripada mereka mengalami kecederaan serius manakala tiga lagi cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Insiden itu dilapor melibatkan dua buah kenderaan.


Beberapa video yang tular di media sosial menujukkan pasukan penyelamat terdiri dari anggota bomba dan perubatan berada di lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Satu lagi video menunjukkan salah sebuah kenderaan yang terlibat dengan insiden itu turut mengularkan beg udaranya.

Kejadian sama pernah berlaku pada awal bulan ini di Manhattan, apabila kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan itu telah menyebabkan tujuh cedera.