KUALA LUMPUR: Eastspring Investments (Eastspring) memberi amaran bahawa kemungkinan kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) semakin hampir yang boleh berlaku dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang berikutan ekonomi AS menyerap impak penuh daripada kenaikan kadar faedah.
Pengurus Portfolio syarikat pengurusan aset Prudential Nupur Gupta berkata dua petunjuk yang telah membawa kepada unjuran tersebut, iaitu indeks ekonomi utama Lembaga Persidangan AS dan bentuk keluk hasil Perbendaharaan AS.
"Indeks ekonomi, yang pada asasnya merupakan gabungan bagaimana sektor pengguna, sektor pembuatan, pasaran buruh dan ruang kredit perbankan mencatatkan prestasi, telah mencatatkan penurunan selama lebih 13 bulan.
"(Ini) memberikan isyarat awal yang amat baik mengenai potensi prospek ekonomi yang akan datang yang semakin merosot," katanya pada webinar mengenai prospek pertengahan tahun 2023 Eastspring.
Dalam laporan Prospek Pertengahan Tahun 2023, Eastspring berkata walaupun inflasi teras perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), petunjuk tekanan harga pilihan Fed, kekal meningkat pada Mei pada 4.7 peratus, inflasi akan menurun pada separuh kedua tahun ini berikutan kesan asas yang tinggi, antara faktor lainnya.
"Oleh itu, kami percaya bahawa kita hampir kepada penghujung kitaran pengukuhan Rizab Persekutuan (Fed) AS. Bagaimanapun, kami terus memantau pasaran buruh AS dengan teliti untuk risiko inflasi," menurut syarikat itu.
Mengenai pendapatan tetap, ia dijangka lebih baik pada tahun 2023 berikutan inflasi yang sederhana, kebimbangan semasa mengenai kemelesetan dan bank-bank pusat utama yang hampir kepada penghujung kitaran kenaikan mereka.
Eastspring berkata Fed telah memberi isyarat mengenai potensi dihentikan sementara untuk kadar jika inflasi terus mereda.
"Di Asia, kitaran monetari dilihat mendahului berikutan inflasi telah melepasi jangkaan dalam banyak pasaran. Buat masa ini, didapati terdapat sedikit tekanan kitaran domestik untuk mendorong bank-bank pusat Asia segera kepada kitaran pelonggaran.
"Walaupun dasar Fed AS mempunyai impak yang besar ke atas tindakan bank pusat Asia, kami menjangka sebahagiannya akan mula mereda jika imbangan risiko cenderung daripada inflasi kepada kemelesetan," katanya.
Berdasarkan ini, prestasi pendapatan tetap Asia bercampur-campur; bon gred pelaburan (IG) mencatatkan pulangan positif sebanyak 3.4 peratus setakat ini dan penarafan kredit IG stabil pada suku pertama 2023 yang kembali kepada paras sebelum COVID-19.
Sebaliknya, Bon Kadar Hasil Tinggi (HY) mencatatkan lebih banyak pulangan rendah dan terus didorong oleh sentimen hartanah di China yang lemah.
Katanya pemulihan dalam sektor hartanah China masih mempunyai langkah-langkah untuk dilakukan baik dari segi permintaan fizikal dan pemaju mendapat akses kepada pembiayaan yang mencukupi.
Mengenai mata wang Asia, Eastspring berkata hasil dolar AS yang tinggi menjadi halangan kepada pelabur untuk memegang kedudukan pertukaran asing Asia.
"Hanya rupee India, peso Filipina dan rupiah Indonesia mempunyai hasil yang tinggi sedikit. Mata wang Asia juga dijangka tidak terkecuali daripada prospek pertumbuhan global yang merosot apabila rupiah Indonesia dan rupee India yang menjana hasil tinggi dijangka lebih baik daripada mata wang dengan hasil rendah seperti dolar Taiwan dan baht Thailand," katanya.
Sementara itu, Pengurus Portfolio (Pendapatan Tetap) firma itu Wai Mei Leong berkata pelabur sedang menunggu rangsangan ekonomi China, dengan pasaran ekuiti menjangkanya lebih optimis berbanding pasaran bon.
"Saya fikir ia (rangsangan) masih perlu diukur. Saya tidak fikir kerajaan akan bermurah hati seperti sebelumnya apabila terdapat pelaburan yang berlebihan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023

Eastspring memberi amaran bahawa kemungkinan kemelesetan di AS semakin hampir yang boleh berlaku dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang berikutan ekonomi AS menyerap impak penuh daripada kenaikan kadar faedah. - Gambar hiasan/AP

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Eastspring beri amaran kemungkinan kemelesetan di AS semakin hampir
Dua petunjuk yang telah membawa kepada unjuran tersebut, iaitu indeks ekonomi utama Lembaga Persidangan AS dan bentuk keluk hasil Perbendaharaan AS.

Pelabur unit amanah beralih ke Jepun, Asia Pasifik - Kajian
Menurut kajian Eastspring Investments, peruntukan pelaburan di peringkat domestik dijangka jatuh kepada 59 peratus berbanding 70 peratus bagi separuh kedua tahun ini.