LONDON: Dunia dilihat terlalu fokus kepada konflik antara Timur dan Barat serta melawan musuh, walaupun hakikatnya ada isu lain yang lebih memerlukan perhatian.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu seperti perubahan iklim yang amat memerlukan penyelesaian segera, diabaikan kerana lebih menumpukan kepada hal peperangan dan pertelingkahan antara kuasa besar.
"Saya sentiasa menentang peperangan. Saya rasa ia tidak bertamadun. Membunuh untuk menyelesaikan konflik adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang bertamadun. Tetapi nampaknya, kita sudah ketagih.
"Apabila kita menghadapi masalah, kita berperang dan kita membunuh orang. Pada penghujungnya, sama ada anda menang atau kalah, anda tidak mendapat apa-apa, anda tidak menyelesaikan apa-apa. Itulah hasil yang anda perolehi selepas Perang Dunia kedua.
"Saya tidak tahu bila kita akan mengatasi tabiat membunuh orang sebagai jalan untuk menyelesaikan konflik antara negara. Walaupun saya mungkin tidak ada lagi ketika ia berlaku, tetapi saya berharap anak-anak muda akan menolak peperangan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah atau konflik antara negara.
"Dalam masa yang sama, kita sedang melalui perubahan iklim. Impak utama perubahan iklim ialah bumi semakin panas. Apabila iklim semakin panas, ais akan mencair sekali gus menaikkan paras laut. Akan ada penyejatan. Akan ada pembentukan awan, angin kencang, dan kemudian akan ada ribut yang teruk, dan ribut itu akan mengakibatkan hujan yang sangat lebat yang akan menyebabkan banjir," katanya ketika berucap di majlis perhimpunan Kesatuan Oxford, baru-baru ini.
Jelasnya, hakikatnya dalam dunia hari ini, lebih banyak masa dihabiskan bagi mencipta senjata baharu, membelanjakan wang untuk senjata canggih yang boleh membunuh lebih ramai orang berbanding sebelum ini.
"Golongan muda harus lebih mampu memikirkan cara untuk menjadi hidup aman dan menangani masalah. Tetapi nampaknya, kita tidak beri tumpuan ke arah itu. Kita memperoleh ilmu di sekolah dan universiti tetapi kita tidak diajar tentang cara menggunakan ilmu tersebut," tegasnya.
Tambahnya lagi, krisis global disebabkan pandemik COVID-19 membayangkan betapa setiap negara mempunyai sikap mementingkan diri sendiri, ketika mereka sepatutnya bekerjasama menangani masalah tersebut.
"Wabak ini telah membawa kerosakan yang teruk kepada seluruh dunia. Seluruh dunia terjejas tetapi kita tidak bertindak sebagai satu unit. Setiap negara mengambil langkah sendiri untuk melindungi diri mereka dan sudah tentu negara kaya telah memonopoli dalam hal tertentu, contohnya pemberian vaksin," katanya lagi.
Astro Awani
Thu Jun 09 2022
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu seperti perubahan iklim yang amat memerlukan penyelesaian segera, diabaikan kerana lebih menumpukan kepada hal peperangan dan pertelingkahan antara kuasa besar. - Foto Facebook/Mahathir Mohamad
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3.54 pagi tadi.
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Mengenang Tun Daim: Allahyarham selamat disemadi
Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur.
'Nama saya hanya Hasmah, bukan Siti Hasmah'
'Gelaran' tersebut diberikan selepas beliau dan Dr Mahathir berpindah dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur.
Tun M dibenar keluar IJN
Dr Mahathir yang berusia 99 tahun dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara disebabkan batuk.
SPRM beri Mirzan tempoh 30 hari lagi untuk isytihar harta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan selama 30 hari kepada Tan Sri Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan harta.
Kes saman saham Renong: Dr Mahathir, kerajaan mohon batal saman ahli perniagaan
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon untuk membatalkan saman ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad yang menuntut pampasan selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Ma
Tun M ajak Melayu bersatu lawan musuh ada agenda tersirat - Azmin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang Melayu khususnya bersatu dalam menentang musuh yang mempunyai agenda tersembunyi.
PRN: MUDA tanding solo sia-sia jika tidak berjaya tubuh kerajaan - Tun Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Keputusan MUDA untuk bertanding secara solo dalam PRN akan datang tidak akan mempunyai erti jika parti itu tidak dapat menubuhkan kerajaan.
Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.
"Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami" - Dr Siti Hasmah
"Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik." - Dr Siti Hasmah
Saman fitnah Ismail Sabri, Lokman Adam diarah fail pernyataan
Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Datuk Lokman Noor Adam menjawab saman yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadapnya, hari ini.