ANKARA: Dunia pada 3 Julai mencatatkan rekod baharu untuk hari paling panas, menurut data Pusat Ramalan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS).
Purata suhu dunia pada tarikh itu mencecah 17.01 Celsius (62.62 F), mengatasi rekod sebelum ini iaitu 16.9 Celsius yang dicatatkan pada Ogos 2016.
Musim panas ini, perubahan iklim mencetuskan gelombang haba yang melampau di seluruh dunia, mencetuskan amaran cuaca dan meragut banyak nyawa, menurut Agensi Anadolu.
Dari Amerika Utara hingga ke Eropah, Asia dan Timur Tengah, banyak negara sedang bergelut dengan suhu yang terik.
Di AS, amaran telah dikeluarkan di seluruh negara kerana panas terik dan kelembapan yang menyelubungi di kebanyakan wilayah.
Mexico turut terjejas teruk, dengan suhu melebihi 40 Celsius (104F) yang menyaksikan lebih 110 orang terkorban akibat suhu tinggi.
United Kingdom (UK) mengalami cuaca paling panas pada Jun, sejak penyimpanan rekod bermula pada 1884. Suhu purata ialah 15.8 Celsius (60.44F), hampir satu darjah lebih tinggi daripada paras tertinggi sebelum ini.
Iran, yang terkenal dengan musim panas terik, menyaksikan suhu mencecah 50 Celsius (122F) di beberapa kawasan.
Di Sepanyol, suhu melonjak ke 44 Celsius (111.2F) sepanjang bulan Jun, menyebabkan lapan daripada 17 pentadbiran autonominya mengeluarkan amaran.
Pakistan dan India turut terkesan akibat musim panas. Insiden berkaitan strok haba meragut sekurang-kurangnya 22 orang di Pakistan, manakala lebih 150 kehilangan nyawa di India.
Bahkan China juga telah mengalami hari paling panas dalam tempoh enam dekad, dengan suhu mencecah sehingga 40 Cesius (104F).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023
Dari Amerika Utara hingga ke Eropah, Asia dan Timur Tengah, banyak negara sedang bergelut dengan suhu yang terik. -Gambar hiasan
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan
Kementerian Kesihatan mengumumkan tahap kecemasan cuaca tertinggi di 11 daripada 27 bandar terbesar pada hujung minggu.
Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar
Itali kini berdepan dengan gelombang haba melampau yang berpunca dari Afrika, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan "amaran merah" untuk suhu tinggi di 11 bandar pada Jumaat.
Tokyo lapor enam kematian akibat strok haba
Enam orang maut akibat strok haba pada hujung minggu di Tokyo, menurut pihak berkuasa perubatan tempatan pada Selasa.
Haji: Protokol kesihatan berkesan mengurangkan tekanan haba
Menteri Kesihatan Arab Saudi, Fahd Al-Jalajel, mengumumkan kejayaan pelaksanaan usaha pengurusan kesihatan pada musim haji 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
19 maut akibat strok haba di India
Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat strok haba di ibu kota India dan hampir 14 lagi meninggal dunia di bandar jiran Noida dalam tempoh 72 jam yang lepas.
Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 96 kes
Pecahan kes mengikut diagnosis adalah 22 strok haba, 68 kelesuan haba dan enam kejang haba.
Lima haiwan di Zoo Rimba Razia mati akibat cuaca panas
Hasrat untuk menambah haiwan di zoo itu terpaksa ditangguh sementara waktu memandangkan cuaca panas yang masih berlarutan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Jun 2024.
Pelatih KAPGA meninggal dunia dipercayai akibat strok haba
Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (KAPGA) di Ulu Kinta meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.