BRUSSELS: Dua rakyat Sweden ditembak mati di ibu negara Belgium, Brussels, pada petang Isnin dan suspek dilaporkan melarikan diri selepas melepaskan tembakan, menurut stesen penyiaran kerajaan, VRT.
Motif kejadian yang berlaku semasa Belgium menjadi tuan rumah bagi perlawanan bola sepak kelayakan Euro 2024 menentang Sweden, bagaimanapun, masih belum jelas.
Serentak itu, perlawanan bola sepak kelayakan Euro 2024 yang berlangsung di bandaraya ini dibatalkan, kata UEFA.
Selepas serangan tersebut, tahap ancaman keganasan di Brussels dinaikkan ke tahap 4 iaitu, tahap tertinggi.
Belgium secara keseluruhannya sebelum ini berada pada tahap 2.
Ketika ini, polis meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar bandaraya, kata Datuk Bandar, Philippe Close dalam hantarannya di platform X.
"Selepas penembakan di Brussels, polis meningkatkan kawalan untuk menjamin keselamatan di sekitar ibu negara kita bekerjasama dengan Menteri Dalam Negeri," kata Close.
"Saya berada di pusat krisis... untuk memastikan koordinasi."
Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo turut memuat naik kenyataan di platform X dengan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
"Ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa serangan yang keji di Brussels ini. Saya sedang memantau situasi ini dengan rapat bersama Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri dari Pusat Krisis Belgium. Kami mengawasi situasi ini dan meminta penduduk Brussels untuk berhati-hati."
Pusat Krisis negara itu juga menghantar kenyataan di platform X: "Malam ini, satu penembakan berlaku di Brussels. Terdapat mangsa yang terkorban. Dengan penuh hormat, kami meminta agar tiada gambar atau video yang berkaitan dengan insiden ini dikongsi." - Agensi
Agensi
Mon Oct 16 2023

Anggota pasukan keselamatan mengawal keadaan keselamatan di kawasan berlaku tembakan di Brussels, Belgium, pada Isnin. - Gambar REUTERS

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tiga penjenayah mati ditembak di Penampang
Tiga penjenayah bersenjata api mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill dalam kejadian 9.13 malam tadi.

Lelaki ada tujuh rekod jenayah lampau mati ditembak di Puchong Prima
Seorang lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Puchong Prima di sini petang tadi.

Dua warga Sweden ditembak mati di Brussels
Kejadian berlaku semasa Belgium menjadi tuan rumah bagi perlawanan bola sepak kelayakan Euro 2024 menentang Sweden.

Sukarelawan pertahanan maut ditembak di Pattani
Mangsa yang berusia 41 tahun itu dalam perjalanan ke surau untuk mengimamkan solat tarawih.

Bintang rap mati ditembak sehari selepas cakap tentang rakan artis diancam perompak
PnB Rock telah dirompak dan diserang selepas temannya dipercayai berkongsi lokasi mereka makan malam di platform media sosial Instagram.

Menteri-menteri Luar ASEAN rakam takziah atas kematian Abe
Sejak sekian lama Abe adalah rakan baik ASEAN.

2 dipercayai militan maut berbalas tembakan di Selatan Thailand
Dua lelaki dipercayai anggota militan ditemui maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Pattani, Selatan Thailand dalam insiden yang bermula pada tengahari Jumaat.

Pelakon telenovela ditembak mati ketika jemput anak dari latihan bola sepak
Tania Mendoza didatangi dua lelaki bersenjata dengan membonceng motosikal dan terus menembaknya berkali-kali.

Pengamal perubatan mati ditembak, keluarga rayu henti spekulasi
Mohammad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan beberapa kesan tembakan.

Rakyat Malaysia maut ditembak di Tak Bai
Seorang rakyat Malaysia ditemukan mati dengan kesan tembakan di bahagian kepala di Tak Bai, Narathiwat, selatan Thailand, malam tadi.