SUBANG JAYA: Seorang lelaki yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau ditembak mati dalam satu kejadian berbalas tembakan di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, selain tujuh rekod jenayah, semakan juga mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah narkotik dan satu rekod dikehendaki.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang, polis terserempak sebuah kereta yang dalam keadaan mencurigakan.
"Apabila polis cuba mendekati kenderaan itu, suspek melepaskan tembakan dan menyebabkan pasukan polis berbalas tembakan itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Hussein memberitahu, polis juga sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti rakan-rakan suspek yang terlibat dalam jenayah.
Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan atau berkongsi video-video berkaitan kejadian Iitu di media sosial kerana boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Umavathi Ramayah
Sun Jan 14 2024

Hussein memberitahu, polis juga sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti rakan-rakan suspek yang terlibat dalam jenayah. - Gambar Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Seorang penyelam TLDM meninggal dunia ketika operasi salvaj KD Pendekar
Seorang anggota penyelam TLDM disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.

Korea Selatan lulus pengurangan sumbangan Indonesia projek KF-21 kepada 600 bilion won
Pihak berkuasa pertahanan Korea Selatan pada Jumaat meluluskan rancangan untuk mengurangkan sumbangan kewangan Indonesia bagi projek pembangunan pesawat tempur bersama kepada 600 bilion won.

Lelaki ada tujuh rekod jenayah lampau mati ditembak di Puchong Prima
Seorang lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Puchong Prima di sini petang tadi.