Seorang penyelam TLDM meninggal dunia ketika operasi salvaj KD Pendekar
Seorang anggota penyelam TLDM disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai KD Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi.
Bernama
Wed Aug 28 2024
KD Pendekar tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas. - Gambar fail/FB Persatuan Abang Tanjung Penang
JOHOR BAHRU: Seorang anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu namun tiada butiran lanjut diberikan.
"Pihak kami ada terima laporan dan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi media hari ini.
KD Pendekar tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.
Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam.