Polis Sepanyol pada Rabu memberitahu bahawa mereka sedang menyoal siasat dua pekerja ladang yang melakukan penyeksaan kepada haiwan dengan memijak mati 72 anak babi dan pada masa yang sama membuat rakaman video aksi tersebut.
Pasangan berusia 19 dan 22 tahun dari bandar Huercal Overa juga didakwa menyebarkan rakaman video berkenaan melalui aplikasi Whatsapp, kata pihak polis dalam satu kenyataan.
Dua pekerja itu disiasat kerana didapati melompat dan memijak serta sengaja menjatuhkan diri ke atas atas anak-anak babi berkenaan sewaktu memindahkan haiwan ternakan tersebut.
"Ketika anak-anak babi itu berjalan di laluan pemindahan, mereka telah mengepung haiwan tersebut dengan menutup pintu masuk dan keluar.
"Seorang daripada mereka merakam kejadian itu dengan telefon bimbit, sementara seorang lagi melompat ke dalam laluan yang sesak dengan anak babi tersebut. Berat badannya dan aksi lompatan itu telah membunuh 19 ekor anak babi serta-merta manakala 53 lagi terseksa dengan kecederaan sebelum akhirnya mati juga," ujar kenyataan itu.
Pemilik ladang ternak itu telah membuat laporan polis selepas mendapat tahu tentang perbuatan kejam berkenaan.
AFP
Wed Jan 20 2016

Sejumlah 72 anak babi di sebuah ladang ternak menjadi mangsa kezaliman manusia. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Lori terbalik, 200 anak babi 'jaga' jalan
Kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu berlaku selepas lori yang membawa muatan anak babi itu terbabas sebelum berbalik di bahu jalan.

Dua warga Sepanyol disiasat kerana pijak mati 72 anak babi
Dua pekerja ladang ternak itu disiasat kerana melompat dan memijak serta sengaja menjatuhkan diri ke atas atas anak-anak babi tersebut.