Kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu berlaku selepas lori yang membawa muatan 200 ekor anak babi itu terbalik di bahu jalan selepas terbabas di satu selekoh.
Difahamkan lori berkenaan dalam perjalanan menghantar bekalan anak babi terbabit ke sebuah lokasi berhampiran Pekan Donggongon, Penampang.
Menurut Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan; Johnny John Jinuli, secara kebetulan dia dan sepasukan anggota yang menaiki kenderaan utiliti jabatan itu sedang dalam perjalanan dari arah daerah Tambunan menuju ke Penampang sebelum terserempak dengan kemalangan berkenaan.
"Kami menjalankan pemeriksaan namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku memandangkan kedua-dua pemandu dan kelindan yang masing-masing berusia 40-an dan 20-an itu tidak mengalami kecederaan dan berjaya menyelamatkan diri daripada lori terbabit.
Ratusan anak babi yang berkeliaran di jalan raya berkenaan turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas. - Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Anak babi berkeliaran selepas lori itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Moyog Penampang-Tambunan hari ini. - Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Kejadian menyebabkan ratusan anak babi berkeliaran di atas jalan raya berkenaan yang turut mengakibatkan kesesakan lintas di laluan berkenaan selama hampir sejam.