Pentadbiran pejabat Presiden Amerika Syarikat (AS), White House menghalang empat wartawan dari empat agensi media antarabangsa, Reuters, The Associated Press, Bloomberg and The Los Angeles Times daripada mengadakan liputan majlis makan Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un pada Rabu.

Laporan Reuters menyebut, wakil media berkenaan ditegah daripada berbuat demikian selepas dua daripada empat wartawan itu bertanyakan soalan pada Trump semasa sesi perbincangan Presiden AS itu dengan Kim.

Keempat-empat wartawan itu merupakan sebahagian daripada sekumpulan media White House yang sering mengikuti presiden ke mana sahaja beliau pergi.

Kumpulan media ini lazimnya akan bertanya soalan kepada pemimpin dan pada Rabu, mereka bertanya pada Trump mengenai persidangan kemuncak kedua negara itu.

Jurucakap White House, Sarah Sanders berkata, kesemua wartawan berkenaan tidak dibenarkan menghadiri majlis makan malam itu kerana bertanya soalan sensitif.