GAZA: Selepas tujuh hari pengeboman Israel tanpa henti, keadaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza semakin merosot dengan pantas.
Hospital-hospital di bahagian utara kawasan yang dikepung telah menerima arahan pemindahan sebelum serangan darat, manakala kemudahan perubatan di seluruh wilayah berpenduduk padat dibanjiri oleh pesakit yang cedera dan penduduk yang mencari perlindungan.
Keadaan amat teruk di Hospital Shifa, kompleks perubatan terbesar di bandar Gaza, di mana doktor Palestin memberi amaran tentang wabak penyakit berjangkit yang akan berlaku akibat kesesakan.
Memetik laporan Al Jazeera, menurut pakar bedah, Ghassan Abu Sitta, terdapat puluhan ribu orang berpusu-pusu ke hospital.
"Mereka tidur di atas tanah, koridor, antara katil pesakit. Orang ramai benar-benar ketakutan. Mereka fikir ini adalah tempat paling selamat.
"Melainkan ada penangguhan dari tekanan berkaitan, ia akan menjadi satu bencana kesihatan awam di Hospital," katanya.
Ketika bom Israel menghujani Gaza sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas, jenazah bertimbun dan orang ramai takut untuk mengebumikannya.
Keadaan ini begitu teruk sehinggakan trak aiskrim kini digunakan untuk menyimpan mayat kerana bilik mayat hospital penuh berikutan angka kematian yang semakin meningkat dengan lebih 2,200 orang setakat Sabtu, menurut pegawai kesihatan.
Abu Sitta berkata, dia meninggalkan Hospital Al-Awda, di utara Semenanjung Gaza, pada Jumaat selepas tentera Israel mendesak untuk berpindah.
"Kami memastikan pesakit berada dalam ambulans dan saya kembali ke Hospital Al-Shifa.
“Kami memandu melepasi Hospital Indonesia dan anda boleh melihat mayat bertimbun di luar bilik mayat.
"Mereka telah kehabisan ruang. Memandu melepasi bangunan yang musnah, bau busuk sangat kuat," katanya lagi.
Jelasnya, pakar perubatan di Hospital Shifa tidak lagi dapat beroperasi melangkaui pembedahan yang menyelamatkan nyawa.
“Bekalan sudah habis tetapi kakitangan juga tiada. Ramai daripada mereka telah dibunuh, ahli keluarga terbunuh atau cuba menyelamatkan keluarga mereka," ujarnya.
Abu Sitta berkata, rakan sekerjanya, Medhat Saidam yang pernah bekerja dengannya sejak perang 2008-2009, terbunuh selepas mengiringi kakaknya ke rumah.
"Dia memutuskan untuk tinggal bersama mereka semalaman dan pada pukul 1 pagi dia dibunuh bersama semua keluarganya," kata Abu Sitta.
Menurut pakar bedah itu, tentera Israel "mengancam untuk menutup" lebih banyak hospital termasuk hospital pediatrik Al-Durrah di timur Gaza dan hospital Al-Quds di Gaza City.
Mahmoud Shalabi, pengurus program di Gaza untuk Bantuan Perubatan Palestin yang berpangkalan di United Kingdom berkata, orang ramai juga kehabisan air dan roti.
"Semua kedai roti kini ditutup," katanya.
"Walaupun roti dicari, bank juga telah rosak dan mencari wang tunai menjadi semakin sukar. Saya pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang, tetapi bank itu musnah akibat pengeboman.
"Satu-satunya mesin ATM yang berfungsi adalah di tengah-tengah kawasan Rimal, yang jauh dari tempat tinggal saya," katanya.
Dia menyifatkan malam Jumaat sebagai "mengerikan".
“Tembakan artileri ada di mana-mana begitu juga dengan serbuan udara,” kata Shalabi.
Di hospital, orang yang mengalami luka, melecur dan cedera tidak mempunyai ubat penahan sakit untuk melegakan penderitaan mereka.
"Jururawat hanya menghentikan pendarahan dan berkata: 'Tunggu giliran anda'," lapor Shalabi.
Bantuan ke Gaza harus segera dilakukan
Rumah kepada lebih 2.3 juta orang, Gaza telah berada di bawah sekatan darat, laut dan udara yang melumpuhkan sejak 2007.
Awal minggu ini, Israel mengumumkan "pengepungan menyeluruh" ke atas kawasan itu sebagai tindak balas kepada serangan Hamas pada 7 Oktober.
Tentera Israel sejak itu melancarkan kempen pengebomannya di kawasan pantai yang dikendalikan Hamas, menjatuhkan kira-kira 6,000 bom dalam enam hari dan memutuskan akses kepada makanan, bahan api, ubat-ubatan dan bekalan lain.
Memandangkan masa semakin suntuk, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan bahawa penghantaran bantuan ke Gaza "mesti berlaku."
Selepas pertemuan dengan ketua agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Mesir bersetuju untuk membuka sempadan untuk penghantaran kemanusiaan.
Agensi itu bersedia untuk membawa bantuan antarabangsa ke Semenanjung Gaza, menghalang banyak kematian yang boleh dielakkan.
Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat berbuat demikian kerana Israel tidak memberi kebenaran.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza telah mengecam apa yang dipanggil "serangan langsung dan sistematik ke atas ambulans".
Shalabi juga berkata, serangan sistematik terhadap kenderaan ini sedang berlaku, melanggar undang-undang antarabangsa.
"Pagi ini saya melihat orang ramai membawa mayat di dalam kereta mereka sendiri kerana ambulans menjadi sasaran, jadi ia benar-benar tidak selamat.
"Meninggal dunia pada masa ini adalah lebih baik daripada cedera, kerana rawatan anda akan tertangguh dengan teruk," tambahnya.
Afiezy Azaman
Sun Oct 15 2023
Di hospital, orang yang mengalami luka, melecur dan cedera tidak mempunyai ubat penahan sakit untuk melegakan penderitaan mereka. - Gambar AP
Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.
China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google
China melancarkan siasatan antitrust terhadap syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Pentadbiran Negara China untuk Peraturan Pasaran pada Selasa.
Syaiful Rizal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat (YBR) melantik Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, berkuat kuasa 22 Jan lepas.
Bakal kembali bergelar duda, Along selesai urusan pengesahan lafaz taklik
Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, memaklumkan, dia sudah menyelesaikan urusan berkaitan mahkamah syariah.
Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengeluar China akan pindah pengeluaran ke luar negara elak tarif AS
Pengeluar dari China merancang untuk mempercepat usaha memindahkan pengeluaran ke negara lain bagi mengelak tarif Amerika Syarikat.
China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) merampas 970,707 unit produk kesihatan haram dan mengeluarkan 7,351 penyenaraian produk dari platform e-dagang serta media sosial tempatan tahun lalu, hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi tempatan dan luar negara.
Bomba Pulau Pinang periksa hotel pastikan tahap keselamatan di tahap tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan di hotel-hotel di negeri itu bagi memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi terutama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Misi solidariti damai di selatan Thailand
Editor Astro AWANI, Dr. Azlinariah Abdullah turun padang ke tiga wilayah bergolak di selatan Thailand bagi meninjau semula segala bentuk bantuan yang dihulurkan Malaysia, yang kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, dari segi sokongan serta kerjasama ekonomi, pendidikan dan budaya sebagai komponen penting untuk mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan.
Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.
"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.
Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.