SEORANG diplomat kanan dari China, Wang Yi dilaporkan melawat Rusia semasa negara itu mencari sokongan berterusan berhubung tindakannya melancarkan perang ke atas Ukraine, lapor portal agensi berita antarabangsa BBC.
Sebagai sekutu rapat Moscow, Beijing dituduh menyokong Rusia secara tidak langsung semasa perang, walaupun China menafikan tuduhan tersebut.
Sebarang usaha untuk mengakhiri perang harus mengambil kira kepentingan Moscow, kata Yi dan rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov, selepas pertemuan mereka.
Media Rusia melaporkan, lawatan Yi juga sebagai membuka laluan bagi lawatan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke China tidak lama lagi.
Perkembangan terbaharu ini berlaku selepas Putin mengadakan pertemuan dengan Kim Jong Un dari Korea Utara di tengah-tengah kebimbangan Amerika Syarikat bahawa kedua-dua negara itu mungkin akan mencapai perjanjian senjata.
Selepas perbincangan yang berlangsung semalam (Isnin) antara Yi dan Lavrov, Kementerian Luar Negeri Rusia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata: "Kedua-dua pihak membincangkan dengan terperinci situasi di Ukraine dan mengingatkan akan percubaan yang sia-sia untuk menyelesaikan krisis tanpa mengambil kira kepentingan Rusia dan lebih tepat lagi, penglibatannya."
Awal bulan ini, Putin memaklumkan, beliau menjangkakan untuk bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping, namun, tidak pula menyebut bila pertemuan itu akan berlangsung.
Bagaimanapun, penganalisis percaya, Putin berkemungkinan akan menghadiri Belt and Road Forum bulan depan.
Putin tidak pernah berkunjung ke luar negara sejak Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada bulan Mac atas jenayah perang di Ukraine.
Lawatan terakhir pemimpin Rusia itu ke negara asing ialah pada Disember 2022 iaitu ketika beliau melawat Belarus dan Kyrgyzstan.
Dalam perkembangan sama, Kementerian Luar Negeri China berkata, Yi berada di Rusia selama empat hari untuk "rundingan keselamatan strategik."
Walaupun China ingin melihat berakhirnya perang di Ukraine agar ia dapat memperbaiki hubungannya dengan Eropah, ia juga mahu "memisahkan hasil tersebut daripada menentukan siapa yang bertanggungjawab atas perang ini" kerana negara itu bersimpati dengan Rusia, kata Rorry Daniels, Pengarah Pengurusan Asia Society Policy Institute.
"Mengundang Putin ke China adalah cara untuk menunjukkan sokongan kepada Rusia, tetapi sokongan itu juga harus dianggap sebagai usaha yang sah untuk membawa Rusia ke meja rundingan supaya China tidak memburukkan kedudukannya dengan Eropah," katanya.
Kunjungan Yi berlaku beberapa hari selepas sambutan kontroversi oleh Putin terhadap Jong Un - iaitu kunjungan yang didakwa oleh Amerika Syarikat untuk membincangkan penjualan senjata Korea Utara kepada Rusia.
Moscow dipercayai menghadapi kekurangan senjata dan peluru.
Rusia dan Korea Utara berkata, mereka membincangkan "kerjasama ketenteraan" dan bantuan untuk program satelit Pyongyang.
Menurut Korean Central News Agency, Jong Un mengakhiri lawatan enam hari ke Rusia pada Isnin dan beliau dihadiahkan senapang buatan Rusia, sarung tangan angkasawan, jaket kalis peluru, topi dan dron ketenteraan. - Agensi
Agensi
Tue Sep 19 2023

Lawatan Wang Yi juga sebagai membuka laluan bagi lawatan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke China tidak lama lagi.- - Gambar AP
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Diplomat kanan China ke Rusia, bincang urusan keselamatan
Lawatan Wang Yi juga sebagai membuka laluan bagi lawatan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke China tidak lama lagi.