Wakil Jepun, Natsuo Yamaguchi mendesak usaha dimulakan untuk menyelesaikan isu pertikaian kedaulatan ke atas gugusan Kepulauan Senkaku menerusi pendekatan diplomatik, termasuk menerusi rundingan dan kerjasama.

Perkara itu dinyatakan Yamaguchi selepas pertemuan dengan pemimpin China Xi Jinping.

Pertemuan ini adalah sebahagian usaha untuk mengurangkan tekanan susulan perkembangan terbaru.

Pada Khamis, empat aktivis Taiwan bertindak nekad untuk memasuki kawasan perairan Kepulauan Diaoyu yang menjadi pertikaian antara Jepun dan China.

Namun, hasrat mereka untuk menceroboh kawasan berkenaan digagalkan oleh pengawal pantai Jepun.

Pertikaian berhubung kedaulatan pulau tersebut, kembali tegang, susulan tindakan Tokyo membeli pulau berkenaan daripada pemilik pulau itu.

Pertikaian kedaulatan pulau yang dipanggil oleh Jepun dengan nama Senkaku itu adalah legasi daripada pasca perang dunia kedua.

Amerika Syarikat menyerahkan pulau itu kepada Jepun pada 1972, disebalik tuntutan China sejak ratusan tahun lalu.