SEKALI lagi remaja penyelamat dunia, Greta Thurnberg, akan mengharungi Lautan Atlantik kerana berdegil enggan menggunakan pesawat untuk pulang ke Eropah.
Penuntut sekolah berumur 16 tahun warga Sweden yang 'ponteng' sekolah selama setahun terpaksa pulang segera ke benua Eropah setelah Chile membatalkan rancangan menjadi tuan rumah sidang kemuncak perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) COP25 kerana kekecohan politik dan protes jalanan.
Sepanyol membuat tawaran ambil alih peranan tuan rumah persidangan yang sekarang ini akan diadakan di Madrid selama seminggu bermula 2 Disember.
Untuk menghadiri COP25, Greta menerima pelawaan pasangan Riley Whitelum dan Elayna Carausu yang terkenal sebagai keluarga berlayar keliling dunia bersama anak mereka Lenny. Keluarga dari Australia ini memulakan pelayaran sejak 2014 dan perjalanan mereka keliling dunia boleh diikuti melalui video YouTube.
Kapal layar berbentuk catamaran berukuran 48 kaki itu akan meninggalkan pelabuhan Virginia dan akan belayar selama tiga minggu untuk merentas Lautan Atlantik ke Sepanyol. Svante Thurnberg, bapa Greta dan seorang pelayar profesional Nikki Henderson akan turut sama dalam kapal layar Perancis yang diberi nama La Vagabonde itu. (Vagabonde bermakna pengembara atau bergelandangan).
La Vagabonde menggunakan tenaga solar dan generator hidro untuk menjana tenaga sepanjang pelayaran.
Sebagai perbandingan, penerbangan hampir 4,000km dari New York ke California akan menghasilkan 20 peratus dari gas rumah hijau yang dijana sebuah kereta setahun.
Razak Chik
Wed Nov 13 2019

Thunberg terpaksa pulang segera ke benua Eropah setelah Chile membatalkan rancangan menjadi tuan rumah COP25. - Reuters

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Greta pulang, tinggal kesan bukan kepalang
Lebih empat bulan remaja Sweden Greta Thunberg berkelana, kini pulang tinggal kesan selamat dunia.

Greta bakal tiba, hari ini jam tiga!
Dua puluh hari belayar rentas benua, Greta Thunberg bakal tiba di Eropah naik kapal layar dari Amerika.

Degil enggan terbang pulang, Greta sekali lagi harung lautan
Remaja Sweden Greta Thurnberg terima tawaran menumpang kapal layar pulang ke Eropah untuk menyertai persidangan perubahan cuaca COP25.