Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) telah "mengalu-alukan" laporan akhir Lembaga Keselamatan Belanda mengenai penerbangan MH17 Malaysia Airline yang ditembak jatuh tahun lalu di timur Ukraine.
"Kami mengalu-alukan penemuan penting Lembaga Keselamatan Belanda dalam laporan akhirnya mengenai penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang telah ditembak jatuh," kata timbalan jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Menurut beliau laporan tersebut merupakan keputusan daripada siasatan yang disiapkan dalam tempoh 15 bulan secara bebas, telus dan rapi mengikut Annex 13 Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa yang melibatkan sumbangan ramai pakar dari pelbagai negara termasuk AS," jelas Toner.
"Laporan (Lembaga Keselamatan Belanda) mengesahkan kata-kata awal Setiausaha Negara John Kerry lebih setahun yang lalu bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara BUK," kata beliau.
Beliau turut mengingatkan semula bahawa Kerry sudah menyatakan secara jelas bahawa AS ada mengesan peluru berpandu dilancarkan dari kawasan kawalan pemberontak pada masa penembakan jatuh tersebut.
Tambahnya setiausaha negara AS juga ada memperkatakan mengenai perbualan kalangan para pemimpin pemberontak yang bercakap berdegar-degar mengenai perbuatan menembak jatuh pesawat terbabit sejurus kejadian tragik.
"Kami juga memberi perhatian mengenai cadangan Lembaga Keselamatan Belanda berkenaan pengendalian ruang udara semasa konflik bersenjata dan kami akan mengkajinya.
"Simpati dan ingatan kami kepada keluarga dan rakan mangsa MH17," kata timbalan jurucakap jabatan negara itu.
Sementara itu seorang diplomat AS yang mengikuti reaksi Malaysia berhubung laporan akhir Lembaga Keselamatan Belanda berkata Malaysia berhak menuntut kebertanggungjawaban pihak yang menembak jatuh pesawat MH17 itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata selepas Lembaga Keselamatan Belanda mendedahkan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu BUK dari wilayah dikuasai pemberontak di timur Ukraine, siasatan jenayah yang masih dijalankan perlu memberi jawapan tepat dan membenarkan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab itu.
Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK, semasa membentangkan laporan akhir.
Kepala peledak peluru berpandu itu meletup pada bahagian kiri kokpit pesawat itu.
FOTO: MH17 ditembak dengan peluru berpandu BUK buatan Rusia
Pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014, menyebabkan semua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, terkorban.
Lima negara iaitu Australia, Belgium, Malaysia dan Belanda telah mengusulkan secara rasmi pada 14 Julai 2015 menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) menubuhkan tribunal jenayah bagi membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Bagaimanapun cadangan itu telah divetokan oleh Rusia iaitu sekutu kepada pemberontak Ukraine, pada 30 Julai.
Selari dengan reaksi AS, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut megalu-alukan laporan akhir Lembaga Keselamatan Belanda itu.
"ICAO dean negara-negara anggota telah bertindak balas selepas kejadian MH17 ini bagi mengatasi beberapa isu penting yang berkaitan," kata Presiden Majlis ICAO, Bernard Aliu dalam kenyataan.
"ICAO akan mengkaji cadangan yang berhubung pertubuhan kami dan bertindak balas seperti yang diperlukan bagi memastikan keselamatan pengangkutan udara dapat dipertahankan secara cara perjalanan yang paling selamat," katanya.
Bernama
Wed Oct 14 2015

Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK, semasa membentangkan laporan akhir. - AP Photo / Peter Dejong

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.

Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,

Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.

Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.

AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.

Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.

Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.