BANGKOK:Seorang wanita di Thailand dikecam kerana mengetengahkan isu gangguan seksual melibatkan sistem pendidikan dalam protes menentang kerajaan di Bangkok, baru-baru ini.
Tindakan pelajar universiti Nalinrat Tuthubthim memakai baju sekolah menengah, meletak pita selofan berwarna hitam pada mulut sambil memegang notis mendakwa pernah dicabul guru sekolah, dianggap mengancam imej Thailand.
“Apabila seorang yang bukan pelajar sekolah memakai baju sekolah, menarik perhatian orang ramai dalam kalangan masyarakat dan di media sosial, dia harus bertanggungjawab atas tindakan yang boleh berlaku susulan itu,” kata Pareena Kraikupt, seorang Ahli Parlimen dalam kerajaan perdana menteri Prayut Chan-o-cha.
Pareena berhasrat membuat laporan polis di atas tindakan wanita berusia 20 tahun itu.
Protes di Bangkok semakin memburuk apabila lebih banyak dakwaan salah laku kerajaan diketengahkan penunjuk perasaan selain menuntut peletakan jawatan Prayut sebagai PM dan rombakan Kabinet.
Saraya Mia
Mon Nov 23 2020
Tindakan Nalinrat memakai baju sekolah menengah, meletak pita selofan berwarna hitam pada mulut sambil memegang notis mendakwa pernah dicabul guru sekolah, dianggap mengancam imej Thailand. -Gambar Reuters
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Parlimen Thailand pilih Perdana Menteri baharu esok
Parlimen Thailand akan bersidang pada Jumaat ini bagi mengadakan mesyuarat khas memilih perdana menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tesla batal rancangan bina kilang EV di Thailand, Malaysia, Indonesia - Laporan
Keputusan itu susulan pemberhentian pasukan eksekutif Tesla yang melawat Thailand pada November-Disember.
Mahkamah Thailand arah MFP dibubar, Pita Limjaroenrat dilarang sertai politik 10 tahun
Pita Limjaroenrat dilarang menyertai politik selama 10 tahun dan partinya, Move Forward Party (MFP) yang menang besar pada Pilihan Raya Umum dibubarkan.
Olimpik Paris 2024: Emas perseorangan lelaki milik Axelsen
Pemain Denmark, Viktor Axelsen merangkul pingat emas Olimpik Paris 2024 selepas mengalahkan pemain Thailand Kunlavut Vitidsarn dengan 21-11, 21-11 dalam tempoh 52 minit.
Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) akan mengemukakan rayuan kepada tuan rumah Thailand, untuk menyenaraikan semula karate untuk dipertandingkan di Sukan SEA 2025.
Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
Thailand serah surat rasmi sertai BRICS
Nikorndej berkata surat rasmi hasrat untuk menyertai kumpulan itu semasa mesyuarat menteri BRICS telah dikemukakan lebih seminggu lepas.
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha
Ia berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.