Dua penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur ditahan, bersama individu yang menanti untuk menerima kargo berkenaan pada Selasa.
Pihak berkuasa memulangkan semula 5,193 kura-kura yang dirampas ke Malaysia pada hari yang sama, menurut Jabatan Kastam Chennai pada Khamis.
Lapangan Terbang Chennai sebelum ini pernah mencatat banyak rampasan spesies hidupan liar yang jarang ditemui.
Permintaan bagi pasaran haiwan peliharaan di India mendorong perdagangan hidupan liar secara haram dari Asia Tenggara.
-- BERNAMA