TOKYO: Tokyo merekodkan 17,790 kes baharu COVID-19 pada Ahad, meningkat 8,308 kes atau 1.88 kali ganda berbanding minggu lalu.

Jumlah itu juga menyaksikan bandar raya itu mencatatkan kes baharu melebihi 10,000 untuk enam hari berturut-turut.

NHK World melaporkan purata tujuh hari kes COVID-19 yang dicatatkan sehingga Ahad pula sebanyak 15,292.9 kes, meningkat 203.3 peratus berbanding seminggu lalu.

Pihak berkuasa Tokyo memaklumkan sebanyak 13 pesakit bergejala serius memerlukan bantuan pernafasan,  selain merekodkan satu kematian akibat virus berkenaan.

Secara keseluruhan, Jepun merekodkan sejumlah 105,584 kes baharu pada Ahad dengan angka harian di negara itu mencatat lebih 100,000 kes untuk hari ketiga berturut-turut.