BANGKOK: Thailand sekali lagi menyaksikan rekod baharu jangkitan dan kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kes baharu melepasi angka 10,000 dan 141 orang dilaporkan meninggal dunia.
Sebanyak 10,082 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 391,989 dan 3,240 kematian.
Sehubungan itu, kerajaan menguatkuasakan larangan berhimpun di seluruh negara, sehari sebelum penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di ibu negara untuk mengulangi tuntutan mereka agar pembaharuan kepemimpinan dilakukan dan pengurusan krisis COVID-19 yang lebih baik.
Berkuat kuasa hari ini, mereka yang melanggar larangan itu akan dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga 40,000 baht atau kedua-duanya sekali. Arahan ini turut diterbitkan dalam Warta Diraja.
Bagaimanapun, perhimpunan tidak melebihi lima orang masih dibenarkan di Bangkok dan lima wilayah sekitarnya - Nakhon Pathom, Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan dan Samut Sakhon.
Thailand kini bergelut melawan penularan COVID-19 yang disifatkan terburuk apatah lagi dengan kemunculan varian Alpha dan Delta sejak awal April.
Meskipun Thailand telah mengenakan langkah pengurusan keselamatan lebih ketat di Bangkok dan sembilan wilayah termasuk perintah berkurung dari 9 malam hingga 4 pagi, penutupan pusat beli-belah dan beberapa perniagaan, namun negara ini terus mencatatkan jumlah kes dan kematian COVID-19 yang tinggi.
Justeru, polis dan tentera bekerjasama dengan Pentadbiran Metropolitan Bangkok untuk meningkatkan pengesanan kes aktif di bandar raya itu.
Sebanyak 200 pasukan akan menjalankan ujian saringan COVID-19 dari rumah ke rumah di kawasan paling teruk terjejas.
Berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19, orang ramai berpusu-pusu ke pusat saringan COVID-19 di Bangkok dan wilayah berdekatan sehingga mencetuskan kebimbangan kemunculan kluster baharu.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menyatakan dari 10,082 kes baharu, sebanyak 10,040 melibatkan jangkitan tempatan manakala 42 lagi kes import.
Kes kematian pula melibatkan 73 lelaki, 68 wanita berusia antara 24 hingga 96 tahun.
Bangkok yang kini menjadi pusat penularan wabak, di kedudukan teratas dalam jumlah kes tertinggi dengan melaporkan 2,302 kes dan 71 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021

Thailand sekali lagi menyaksikan rekod baharu jangkitan dan kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam. - Gambar hiasan/REUTERS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.

Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.