Singapura pada Jumaat melaporkan bahawa sejumlah 328 pesakit lagi telah pulih daripada jangkitan COVID-19 namun hari ini mengesahkan 753 kes positif baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 22,460.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu, data awal setakat 12 tengah hari menunjukkan bahawa hanya sembilan kes membabitkan warganegara atau penduduk tetap Singapura manakala bakinya adalah pekerja asing yang menghuni asrama pekerja.
Kenyataan itu menyebut bahawa Kementerian Kesihatan Singapura masih meneliti butiran kes dan akan memberikan kemas kini mengenai perkara tersebut kemudian.
Singapura, yang meningkatkan ujian koronavirus sehingga 40,000 sehari, setakat ini telah mengklasifikasikan sejumlah 1,272 sebagai kes komuniti, 579 kes import dan 624 kes membabitkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama.
Sementara itu, pekerja asing yang menghuni asrama pekerja mendominasi jumlah keseluruhan kes pada Jumaat iaitu 21,707 dengan kira-kira 88.5 peratus atau 19,232 kes, demikian menurut data terperinci yang dikeluarkan pada lewat Jumaat.
Republik itu turut mengenal pasti lima kluster baharu pada Jumaat manakala kluster terbesarnya iaitu Asrama Pekerja S11 @ Punggol mempunyai sejumlah 2,535 kes yang telah disahkan.
Ketika ini, sejumlah 2,040 pesakit telah dibenarkan keluar hospital atau kemudahan penjagaan komuniti manakala 1,245 kes masih menerima rawatan dengan 22 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Kementerian itu berkata sejumlah 18,402 kes yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal namun masih diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Sebanyak 20 orang meninggal dunia akibat komplikasi susulan jangkitan COVID-19 di sini, kebanyakannya warga emas.
Singapura kini menjalankan ujian secara progresif ke atas semua 16,000 penghuni rumah penjagaan dan menjangkakan ia selesai pada awal Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 09 2020
Singapura kini menjalankan ujian secara progresif ke atas semua 16,000 penghuni rumah penjagaan dan menjangkakan ia selesai pada awal Jun.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.
Pukul bekas penyelia kerana tidak puas hati sering ditegur
Kejadian itu menyebabkan mangsa yang merupakan warga tempatan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang.
Asrama pekerja hangus terbakar
Kesemua mangsa telah menerima sumbangan kelengkapan daripada JKM dan jabatan-jabatan lain, dan ditempatkan di penempatan sementara.
Penduduk Taman Mekar Sari bantah cadangan bina asrama pekerja asing berhampiran perumahan
Penduduk 11 taman perumahan sekitar Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang membantah cadangan pembinaan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) berhampiran Taman Mekar Sari.
UMNO bantah projek asrama pekerja asing di Bertam
Pembinaan itu berikutan cadangan pembangunan Kawasan Perindustrian Berteraskan Teknologi Tinggi di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir.
Singapura lapor lebih 2,000 kes baharu COVID-19, lima kematian pada 28 September
Kementerian Kesihatan Singapura memberitahu, 1,711 kes dikesan dalam komuniti, 515 di asrama pekerja migran dan 10 kes import.
Tiga warga asing ditahan bantu siasatan video tular gaduh di asrama pekerja
Polis menahan tiga lelaki warga asing, bagi membantu siasatan mengenai sebuah video tular kejadian pergaduhan.
COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.
COVID-19: Supermax gantung operasi kilang Meru selama tiga hari
Syarikat pengeluar sarung tangan getah itu berkata ia mencatat kes pertama virus tersebut yang dipercayai berpunca daripada pihak pengangkut luaran.
Kilang pembuatan ais dikesan abai kemudahan penginapan pekerja
Aspek keselamatan penginapan pekerja warga asing diabaikan termasuk menjadikan ruang bawah tangki air sebagai tempat penginapan.