Masing-masing adalah warganegara Indonesia dan Bangladesh.
Ketua Balai Bomba Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.50 petang, dan seramai 21 orang anggota bomba dari Balai Bomba Triang, Seri Jempol dan Muadazam Shah bergegas ke lokasi kejadian.
"Kebakaran membabitkan asrama pekerja ladang melibatkan 11 pintu. Namun, semasa kejadian, semua penghuni tiada di rumah dan difahamkan sedang bekerja.
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.21 petang. Namun, punca kebakaran masih dalam siasatan. Dan anggaran peratusan kebakaran adalah 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Katanya, anggota Bomba bertindak menggunakan dua aliran hos, dua cabang pembahagi, empat nozel air dari tangki jentera dan pili bomba bagi memadamkan kebakaran.
Ujarnya lagi, anggota Bomba terpaksa mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke lokasi berikutan jarak sejauh 60 kilometer.
Difahamkan, kesemua mangsa telah menerima sumbangan kelengkapan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jabatan-jabatan lain, dan ditempatkan di penempatan sementara.