KUALA LUMPUR:Supermax Corp Bhd bertindak menggantung sementara operasi di kilang pengeluarannya di Meru dekat Klang, Selangor, selama tiga hari mulai 10 Februari 2021, berikutan beberapa kes positif COVID-19 membabitkan kalangan pekerjanya.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat pengeluar sarung tangan getah itu berkata ia mencatat kes pertama virus tersebut yang dipercayai berpunca daripada pihak pengangkut luaran, walaupun telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Aspek keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan komuniti tempatan merupakan keutamaan dalam usaha membendung penularan ini.
"Penutupan sementara pada 10-12 Februari ini adalah sejajar dengan usaha untuk meminimumkan risiko penyebaran virus tersebut," katanya.
Syarikat itu juga menegaskan bahawa ia telah menjalankan ujian saringan COVID-19 berkala bagi kalangan pekerja asing dan tempatan di semua kilang miliknya.
"Supermax juga memberi kerjasama erat kepada Kementerian Kesihatan dan akan terus mematuhi SOP COVID-19 yang telah ditetapkan.
"Usaha pembasmian kuman di semua premis dan asrama pekerja akan turut diteruskan secara lebih kerap dengan melaksanakan semua langkah-langkah kawalan secara ketat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021

Penutupan sementara pada 10-12 Februari adalah sejajar usaha meminimumkan risiko penyebaran virus COVID-19. - Facebook Supermax Corporation Bhd
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

CAAM gantung operasi empat model pesawat Blackshape berkuat kuasa hari ini
CAAM gantung semua operasi penerbangan pesawat Blackshape model BS 115, BK 160, BK 60-200 dan BK 160TR dalam ruang udara Malaysia, berkuat kuasa hari ini.

'Tidak bertanggungjawab!', tindakan MYAirline jejaskan imej negara - Anthony
Bukan hanya kapal terbang tidak beroperasi malah kakitangan mereka juga tiada di lapangan terbang untuk memaklumkan situasi semasa kepada pelanggan.

Anthony Loke terkejut tindakan MYAirline, 125,000 penumpang terjejas
Angka itu diperoleh selepas mendapati syarikat itu telah menjual tiket sehingga Mac akan datang.

10,000 penumpang terjejas susulan penggantungan operasi MYAirline
Seramai 10,000 ribu penumpang daripada 39 penerbangan terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

Lebih 4 jam kena 'sidai' di KLIA, pengguna MYAirline luah kekecewaan
Topik carian mengenai penutupan MYAirline menjadi carian utama pengguna media sosial susulan pengumuman mengejut tersebut.

Mavcom siasat aduan pekerja MYAirline tidak dibayar gaji
Mavcom terima ulasan dalaman dan aduan antaranya mengenai pembayaran berkanun MYAirline yang belum dibayar kepada pekerjanya.

MYAirline gantung operasi, akui berdepan isu kewangan
Syarikat itu berkata penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Toyota gantung operasi 12 kilang di Jepun akibat kegagalan sistem komputer
Toyota Motor menggantung operasi 12 daripada 14 kilangnya di Jepun kerana kegagalan sistem komputer, lapor Sputnik pada Selasa.

Syarikat Jepun gantung operasi di Ukraine
Beberapa syarikat Jepun menggantung operasi mereka di Ukraine berikutan operasi ketenteraan Rusia di negara itu, lapor Sputnik.

Lapangan terbang Khartoum umum beroperasi semula
Orang ramai dilihat mula berbaris di luar syarikat penerbangan Sudan ketika berita mengenainya tersebar.