SINGAPURA: Ujian pernafasan yang mudah digunakan bagi mengesan COVID-19 dengan tepat dalam masa seminit telah mendapat kelulusan sementara Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA).
Sistem Ujian Pernafasan BreFence (TM) Go COVID-19 itu dibangunkan Breathonix Pte Ltd, sebuah syarikat terbitan Universiti Nasional Singapura (NUS).
Breathonix diasaskan tiga siswazah NUS, Dr Jia Zhunan, Du Fang dan Wayne Wee Shi Jie, bersama penasihat PhD Dr Jia, Prof T. Venky Venkatesan dengan sokongan Program Inovasi Penyelidikan Siswazah NUS (GRIP).
"Pandemik ini mungkin akan berlanjutan selama beberapa tahun. Ujian berulang perlu diterima pakai secara meluas sebagai strategi kesihatan awam utama untuk menyokong pembukaan semula ekonomi yang selamat, dan teknologi buatan tempatan Breathonix tepat pada masanya.
“Saya yakin bahawa teknologi baharu ini akan memberi sumbangan penting untuk melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat Singapura dan masyarakat global,” kata Timbalan Presiden, Inovasi & Syarikat GRIP NUS, Profesor Freddy Boey dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Breathonix sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk menguji teknologi itu di sebuah pusat pemeriksaan.
Pelancong perlu menjalani ujian pernafasan BreFence(TM) Go COVID-19 serentak dengan ujian pantas antigen COVID-19 sedia ada.
Sistem itu berfungsi dengan mengesan Sebatian Organik Meruap (VOC) yang terdapat dalam nafas seseorang.
VOC dihasilkan oleh pelbagai reaksi biokimia dalam sel manusia.
Oleh kerana VOC daripada nafas orang yang sihat berbeza dengan mereka yang berpenyakit, perubahan VOC dapat diukur untuk mengesan penyakit seperti COVID-19.
Ujian nafas itu mudah dilakukan tanpa memerlukan kakitangan terlatih secara perubatan atau pemprosesan makmal.
Seseorang hanya perlu menghembus ke dalam penutup mulut injap pakai buang yang disambungkan dengan alat pernafasan berketepatan tinggi.
Individu yang didapati positif perlu menjalani ujian swab Polimerase Chain Reaction (PCR) COVID-19.
Sistem analisis nafas itu telah menjalani ujian klinikal di tiga lokasi sejak Jun tahun lalu hingga April 2021.
Di Singapura, ia dijalankan di Pusat Penyakit Berjangkit dan Lapangan Terbang Changi sementara percubaan ketiga dilakukan di Dubai, bekerjasama dengan Lembaga Kesihatan Dubai dan Universiti Perubatan dan Sains Kesihatan Mohammed Bin Rashid.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021

Sistem Ujian Pernafasan BreFence (TM) Go COVID-19 itu dibangunkan Breathonix Pte Ltd, sebuah syarikat terbitan Universiti Nasional Singapura (NUS). - Gambar/ Facebook Breathonix

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.

Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.