BANGKOK: Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan pakar perubatan memberikan lebih banyak maklumat mengenai kombinasi vaksin berbeza yang sedang dipertimbangkan Kementerian Kesihatan Thailand untuk membendung pandemik COVID-19.
Jurucakap Kerajaan Anucha Burapachaisri berkata ia berikutan kebimbangan ketua saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Soumya Swaminathan berhubung kaedah mencampurkan vaksin.
"Perdana menteri tidak menolak kaedah mencampurkan vaksin COVID-19 yang berlainan untuk suntikan, tetapi mahu semua sektor mempertimbangkan nasihat Jawatankuasa Penyakit Berjangkit," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada Isnin, Thailand mengumumkan akan menggunakan kaedah campuran dua vaksin COVID-19 Sinovac dan AstraZeneca bertujuan meningkatkan perlindungan terhadap virus tersebut, terutama varian Delta yang lebih mudah merebak.
Bagaimanapun, ketua saintis WHO Dr Soumya Swaminathan memberi amaran bahawa terdapat ketidakpastian mengenai keselamatan dan keberkesanan penggunaan kombinasi vaksin yang berbeza kerana "ia satu trend yang agak berbahaya".
Beliau turut menyarankan agensi kesihatan awam memberikan nasihat berdasarkan data yang ada, dan kedua-dua aspek keimunogenan dan keselamatan perlu dinilai terlebih dahulu.
Bangkok Post melaporkan hospital dan pejabat kesihatan masih keliru dengan kaedah mencampurkan dos vaksin Sinovac dan AstraZeneca selepas perdana menteri mempersoal cadangan Kementerian Kesihatan itu.
Berikutan ketidakpastian itu, pejabat kesihatan wilayah di Nonthaburi memilih menangguhkan rancangan untuk menyuntik individu yang telah menerima satu dos vaksin Sinovac dengan AstraZeneca sebagai dos kedua.
Sepanjang 24 jam, Thailand melaporkan 9,317 kes baharu COVID-19 dan 87 kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 363,029 dan 2,934 orang meninggal dunia.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata, kes baharu itu termasuk 9,309 jangkitan tempatan, merangkumi 2,021 melalui pengesanan kes aktif, dan lapan kes import.
Menurutnya kes baharu kematian melibatkan 44 lelaki dan 43 wanita berusia antara 24 hingga 104 tahun termasuk 83 warga tempatan, dua rakyat Myanmar, masing-masing seorang warga China dan Laos.
"Hingga kini, terdapat 99,511 pesakit masih dirawat di hosital dan hospital medan di seluruh negara. Ada 3,201 pesakit dalam keadaan kritikal termasuk 828 yang memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.
Beliau menambah Bangkok mencatat jumlah kes tertinggi dengan 2,332 kes dan 55 kematian dalam tempoh 24 jam.
"Di Bangkok, kira-kira 17 peratus mereka yang menjalani ujian saringan COVID-19 di hospital disahkan positif ... Angka ini cukup tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
Prayuth Chan o-cha mengarahkan pakar perubatan memberikan lebih banyak maklumat mengenai kombinasi vaksin berbeza. -Reuters
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.