PESAKIT yang dijangkiti COVID-19 di Amazonas, Brazil, dilaporkan maut kerana kehabisan bekalan oksigen di hospital.
Keadaan tersebut berlaku ketika negara itu menyaksikan lonjakan dalam kes kematian akibat COVID-19 ketika ini.
Anggota Kongres Amazonas, Marcelo Ramos berkata pada Khamis, negeri itu merayu kepada Amerika Syarikat supaya mengirimkan pesawat pengangkut tentera ke ibu kota Manaus, bersama silinder oksigen.
Media tempatan melaporkan, di luar Hospital 28 de Agosto di Manaus, saudara-mara pesakit bertindak mengadakan protes kerana mendakwa pesakit diputuskan dari mesin ventilator akibat kekurangan bekalan oksigen.
Brazil adalah negara kedua dunia selepas Amerika Syarikat yang mempunyai kes jangkitan tertinggi.
Dengan perkhidmatan kecemasan dalam keadaan tertekan dan genting, Gabenor Nelson Lima mengumumkan perintah berkurung dari jam 7 malam hingga 6 pagi di seluruh negara bagi mengekang wabak itu.
Manaus merupakan antara bandar raya awal di Brazil yang menyaksikan peningkatan kes kematian dan lambakan kes positif ketika gelombang pertama tahun lepas.
Pihak berkuasa kesihatan mengatakan, bekalan oksigen hampir habis di beberapa hospital serta wad rawatan rapi (ICU) penuh sehingga sejumlah pesakit terpaksa diangkut ke negeri lain.
Terdapat juga pesakit COVID-19 yang maut di rumah, di Manaus.
Memburukkan lagi keadaan, mutasi baharu di Jepun dikesan sebanyak empat kes di Amazonas.
Menteri Kesihatan Amazonas, Marcellus Campelo berkata, negeri itu memerlukan hampir tiga kali ganda oksigen yang dapat dihasilkannya di peringkat tempatan dan memohon bekalan dari negeri lain.
Pakar kesihatan awam turut memberi laporan mengenai pesakit yang maut akibat COVID-19 di ICU, tanpa bekalan oksigen.
"Kita kehabisan oksigen dan hospital kini menjadi dewan kelemasan. Pesakit yang berjaya bertahan mungkin boleh mengalami kerosakan otak kekal," kata seorang penyelidik yang dipetik media tempatan.
Astro Awani
Fri Jan 15 2021
Seorang pekerja membawa silinder oksigen ke sebuah hospital di Manaus, Brazil, 14 Jan, 2021. REUTERS
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.
Suspek tikam ibu saudara masih di ICU, belum stabil - Polis
Suspek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang setelah mengadu pening kepala sebaik tangkapan dijalankan.
Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly
Lebih banyak rumah baharu dan pembaikan rumah rosak atau uzur di bawah inisiatif RKI akan dilaksanakan dalam Parlimen Alor Gajah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
ADUN Mahkota dilapor dalam keadaan kritikal
Ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.
92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.
Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa
Keadaan Wan Badariah Wan Saad kini semakin bertambah baik, dan ditempatkan di wad biasa selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 14 Mei.
Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus
Dua mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kedah.
Penunggang motosikal maut selepas 11 hari bertarung nyawa
Pada jam lebih 8.20 malam Isnin, mangsa telah disahkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAN.
Exco Pelancongan Perlis telah sedar, keadaan semakin stabil - MB
Exco Perlis, Wan Badariah Wan Saad yang dirawat dan ditidurkan di ICU HTF sejak 14 Mei lepas telah sedar serta keadaannya semakin stabil.