BANGKOK: Pemandu ‘tuk-tuk’, Samran Thammasa, 39, tidak pernah mendengar nama bintang K-pop Jessica Jung sebelum pandemik bermula. Namun kini, para peminat selebriti itu di Thailand sedang membantu Samran meneruskan kelangsungan hidup, setelah sekian lama kehilangan penumpang.
Motosikal tiga tayarnya sudah lebih setahun tidak digunakan untuk membawa penumpang. Sejak beberapa bulan lalu, Samran meraih sebanyak 600 Baht (RM78) sebulan hasil daripada iklan K-pop di kenderaannya itu, lapor Reuters.
“Pendapatan itu mungkin tidak banyak bagi kebanyakan orang, namun ia besar bagi kami,” ujar Samran, sambil melihat pada iklan Jessica Jung di ‘tuk-tuk’nya.
Para pemandu kenderaan ikonik di Bangkok itu adalah antara yang paling teruk terjejas akibat pandemik. Ancaman COVID-19 ternyata melumpuhkan industri pelancongan negara itu, hingga menyaksikan jalanan kota semakin sepi dan ramai lagi menderita akibat menanggung hutang.
Samran biasanya memperoleh sekitar 1,500 Baht (RM195) sehari hasil membawa penumpang ke segenap destinasi di Bangkok. Hampir kesemua itu lenyap apabila pengunjung di bandar raya itu berkurangan sehingga 85 peratus pada 2020, dan Thailand belum lagi melonggarkan sekatan di sempadannya sejak berbulan-bulan.
Kini, bantuan yang datang memang tidak diduga. Golongan muda yang taksub dengan K-pop kini berhenti membelanjakan iklan meraikan hari lahir dan promosi pelancaran album bintang pujaan mereka dari sumber lain, sebaliknya memberikan nilai itu kepada bisnes yang terjejas seperti pemandu tuk-tuk dan penjaja makanan di jalanan.
Sejak beberapa bulan lalu, anak-anak muda membantu memasang poster dan kain rentang idola K-pop kegemaran mereka di tuk-tuk, dan gambar artis sensasi mereka itu akan bertukar setiap bulan.
Dalam tempoh itu, Samran dan ramai lagi pemandu tuk-tuk lain membawa kenderaan masing-masing ke sekeliling Bangkok. Mereka akan ditahan anak-anak muda para peminat K-pop tempatan untuk bergambar, berkongsi kandungan promosi atau menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu, berserta pemberian tip tambahan.
Setakat ini, inisiatif itu memberi pulangan untuk beratus-ratus pemandu tuk-tuk. Terdapat lebih 9,000 tuk-tuk berdaftar di Bangkok, berdasarkan data kerajaan.
Trend itu bermula sejak protes antikerajaan tahun lalu yang disertai puluhan ribu pelajar yang mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha - yang berkuasa sejak rampasan kuasa tentera.
Ramai peminat K-pop Thailand yang juga golongan penunjuk perasaan, berikrar untuk tidak lagi mengharapkan iklan dari perkhidmatan skytrain atau kereta api bawah tanah - selepas operasi perkhidmatan itu dihentikan bagi menghalang mereka ke lokasi tunjuk perasaan.
Mereka sebaliknya mula mencetak iklan pada vinil atau kadbod dan merekrut pemandu tuk-tuk, iaitu kumpulan yang amat memerlukan.
"Ini ekspresi politik yang menunjukkan kami tidak menyokong kapitalis, Jika dulu kami mahu memasang iklan di stesen kereta api bawah tanah atau di skytrain, tapi sekarang di tuk-tuk," kata Pichaya Prachathomrong, 27.
Pichaya sendiri pernah memperoleh 18,000 Baht (RM2,300) dari kalangan peminat band Super Junior sewaktu pelancaran album baharu Yesung, sebelum merekrut 13 tuk tuk lain untuk tujuan tempahan menerusi aplikasi popular, LINE.
Perkhidmatan "Tuk Up", yang dicetuskan mahasiswa berusia 21 tahun, Thitipong Lohawech, pada awalnya adalah untuk membantu puluhan pemandu yang menyewa kenderaan dari garaj keluarganya. Kini, kaedah itu membantu 300 pemandu di seluruh Bangkok.
"Para peminat K-pop mengagihkan pendapatan itu ke akar umbi, yang membantu memacu perubahan sosial dan menyokong ekonomi,” kata Thitipong.
Para pemandu tuk-tuk mengeluh kerana hanya melihat sedikit sahaja daripada bantuan kerajaan yang sejumlah ratusan bilion diterima, memandangkan kebanyakan kaedah penerimaan adalah melalui aplikasi e-dompet.
"Hendak menunggu wang itu sampai, kami sudah nyawa-nyawa ikan,” kata Pairot Suktham, peandu tuk-tuk berusia 54 tahun yang tidak memiliki telefon pintar. "Golongan peminat ini adalah sistem talian hayat kami sekarang… mereka memberi kami harapan untuk terus berjuang.”
Agensi
Mon Jun 28 2021
Pemandu tuk-tuk bersama kenderaan mereka yang dihiasi kain rentang artis K-pop sedang menunggu penumpang di Bangkok. - Reuters
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
COVID-19: Pemandu tuk-tuk hilang mata pencarian, ini apa yang peminat K-pop di Thailand lakukan!
Sejak beberapa bulan lalu, anak-anak muda membantu memasang poster dan kain rentang idola K-pop kegemaran mereka di kenderaan tuk-tuk.
Wanita hilang barangan kemas selepas cium bau ubat
Terbaru seorang wanita Thailand kehilangan barangan kemas bernilai 50,000 baht (RM6,500) ketika menaiki 'tuk-tuk' bersama seorang wanita yang tidak dikenali di Hatyai.
Miss Universe Thailand bakal peraga kostum tuk-tuk
Tuk-tuk dipilih sebagai inspirasi rekaan kerana ia mewakili objek yang dekat di hati raktar tempatan dan pelancong asing.
Undian: "Tuk-tuk di jalan KL? Tak sesuai!"
Orang ramai tidak bersetuju dengan cadangan SPAD untuk memperkenalkan tuk-tuk sebagai penyelesaian yang lebih murah bagi masalah kesesakan lalu lintas di Malaysia.