WALAUPUN pihak berkuasa Korea Selatan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di luar mulai Isnin (2 Mei), masih ramai yang mengenakannya sebagai langkah berjaga-jaga.
Tinjauan mendapati, orang ramai masih memakainya terutama di daerah yang sibuk seperti Gwanghwamun, lokasi di mana terletaknya kebanyakan bangunan kerajaan dan korporat.
Selain untuk tujuan keselamatan, mereka yang masih memakai pelitup muka berasa janggal untuk membuka pelitup muka selepas mengenakannya selama lebih dua tahun.
"Saya cuba untuk tidak memakai pelitup muka ketika keluar rumah tetapi 70-80 peratus orang yang saya temui di luar masih memakainya.
"Mungkin terlalu awal untuk menanggalkannya walaupun ketika berada di luar," kata seorang penduduk, Lee Byung-young, 61 tahun.
Sejak lebih dua tahun, pemakaian pelitup muka adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengekang penularan COVID-19.
Langkah memansuhkan arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka itu, dalam peralihan ke fasa seterusnya, diambil selepas kes jangkitan baharu yang direkodkan di negara itu mula berkurangan.
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KDCA), 20,084 individu dilaporkan positif COVID-19 pada Ahad, dengan kes jangkitan harian terus menurun berbanding lebih 620,000 pada pertengahan Mac.
Negara berpopulasi 52 juta penduduk itu berjaya mengekang kes COVID-19 tidak melebihi 17,295,733 jangkitan dengan 22,958 kematian.
Ia dilakukan menerusi langkah pengawalan termasuk kempen pengesanan dan ujian saringan yang agresif serta vaksinasi yang meluas.
Astro Awani
Tue May 03 2022
Walaupun tidak lagi diwajibkan mulai 2 Mei, orang ramai masih kelihatan memakai pelitup muka ketika berjalan-jalan di Seoul, Korea Selatan, 3 Mei 2022. - REUTERS
Peralihan kerajaan: Badan Parlimen Indonesia lulus perbelanjaan lebih tinggi
Jawatankuasa Bajet Parlimen Indonesia meluluskan peningkatan perbelanjaan untuk kerajaan bakal Presiden Prabowo Subianto, yang akan mula memegang jawatan bulan depan.
Banjir Eropah Tengah: 22 maut, penduduk diarah berpindah
Seramai 22 orang terbunuh selepas banjir besar melanda bandar bersejarah Wroclaw di Poland, pada Selasa.
Pengerusi ASEAN 2025: PM mahu persediaan mantap, menyeluruh
Setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.
Letupan Lubnan: A.S sedang kumpul maklumat - Jurucakap
Amerika Syarikat sedang mengumpul maklumat selepas sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera apabila peranti kelui atau pager yang digunakan oleh Pejuang Hizbullah meletup secara serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.
Alat komunikasi meletup: Hizbullah ikrar tindak balas terhadap Israel
Kumpulan Hizbullah berjanji untuk bertindak balas terhadap Israel selepas menuduh rejim Zionis itu meletupkan alat kelui di seluruh Lubnan pada Selasa.
Kekejaman Zionis: Harris gesa tamatkan perang di Gaza
Calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat, Kamala Harris menyeru untuk menamatkan perang Israel-Gaza, pada Selasa.
Hospital UMS bakal beroperasi pada tahun 2026
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang dalam proses pembinaan bakal beroperasi pada bulan Januari 2026
MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Berikutan kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai di situ kerana cuaca yang sangat tidak baik dan keadaan ombak yang tinggi.
Hujan lebat: Rakyat Perlis dinasihatkan berwaspada - MB
Hujan lebat disusuli angin kencang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada Selasa menyebabkan pokok tumbang, selain gangguan bekalan elektrik.
Malaysia sedia jalin kerjasama dengan negara lain dalam teknologi pertahanan
Mohamed Khaled berkata Malaysia perlu memfokus kepada langkah menawarkan pelbagai platform perkhidmatan dalam industri pertahanan.
Korea Utara lancar 190 lagi belon sampah ke Korea Selatan
Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya ditemui di Seoul dan kawasan sekitar.
Presiden Korea Selatan lawat bilik kecemasan, beri sokongan kepada kakitangan
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol melakukan lawatan ke bilik kecemasan hospital pada lewat malam Rabu di tengah-tengah tekanan yang semakin meningkat ke atas perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Korea Selatan kerah doktor tentera ke bilik kecemasan hospital
Kementerian Kesihatan Korea Selatan pada Isnin merancang untuk mengerahkan doktor tentera ke bilik kecemasan hospital susulan mogok berpanjangan oleh doktor muda.
MAB sahkan pesawat MH66 KL-Incheon berpatah balik, hadapi masalah teknikal
MAB memaklumkan pesawat MH66 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan berpatah balik ke KLIA pada jam 1.30 pagi selepas mengalami masalah teknikal.
Korea Selatan rekod 11 kes mpox
KDCA memaklumkan bahawa pihaknya mempertingkatkan saringan di sempadan untuk menghadapi kemungkinan kemunculan varian baharu yang lebih berbahaya.
COVID-19: Lonjakan kes memungkinkan wad kecemasan ditutup di Korea Selatan
Persatuan Perubatan Korea Selatan memberi amaran bahawa lonjakan kes COVID-19 dan mogok berterusan oleh doktor pelatih memungkinkan banyak wad kecemasan di Korea Selatan ditutup bulan hadapan.
Makanan Korea dirampas
Sebuah kontena yang membawa muatan pelbagai makanan sejuk beku dari Korea tanpa mempunyai permit import sah ditahan di Pelabuhan Barat, di sini, Jumaat lalu.
Pesakit COVID-19 dirawat di hospital Korea Selatan naik enam kali ganda
Bilangan pesakit dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 telah meningkat dengan mendadak di Korea Selatan.
Korea Selatan hasrat bangunkan tenaga nuklear di Filipina
Menteri Luar Korea Selatan Cho Tae-yul mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Filipina, Enrique Manalo di sini.