JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini menghampiri 227 juta.
Ini berikutan hampir 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 41.7 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 21 juta kes.
United Kingdom, Rusia dan Perancis antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Turki melebihi 6 juta kes.
Argentina catat angka melebihi 5 juta diikuti Colombia dan Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan menghampiri 4.2 juta kes.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.3 juta.
Malaysia melepasi angka 2 juta kes, Thailand dengan 1.4 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 74,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.66 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 669,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 588,000 kes, India lebih 443,000 kes, Mexico lebih 269,000 kes, manakala United Kingdom kini catat lebih 135,000 kematian.
Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 85,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 139,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 36,000 diikuti Malaysia dengan 22,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 14,000 angka korban.
Astro Awani
Thu Sep 16 2021
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 669,000 kes. -Gambar fail
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
Bintang Friends: Lima termasuk dua doktor dituduh penyebab kematian Matthew Perry
Lima individu termasuk dua doktor dan seorang pembantu peribadi kepada pelakon Matthew Perry didakwa membekalkan bintang 'Friends' itu dengan ketamin iaitu ubat penenang kuat yang menyebabkan kematiannya akibat terlebih dos setahun lalu.
Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah
Hakim Kenneth King memaksa gadis 15 tahun pakai gari dan pakaian penjara kerana 'kesalahannya' tertidur semasa mengikuti lawatan ke mahkamah.
Virus mpox: WHO sahkan jangkitan pertama di luar Afrika
Jangkitan dengan jenis baru virus mpox dikesan di Sweden, pada Khamis.
Keputusan bawa pulang angkasawan diumum hujung bulan
Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan membuat keputusan akhir bulan ini berhubung misi membawa pulang dua angkasawan, Barry Wilmore dan Sunita Williams yang terperangkap di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas kapal angkasa Starliner dinaiki mereka mengalami kerosakan.
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Suspek kes tolak isteri ke gaung akan didakwa hari ini
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat MPN Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.
Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19
Lyles terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 200m, dengan emas menjadi milik atlet Botswana, Letsile Tebogo.
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19
Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa.
Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.
Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral
Kevin O'Connor berkata gejala yang dialami presiden itu mempengaruhi sistem pernafasannya.