JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 114.69 juta kes.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 28.7 juta kes.
Ini diikuti India dengan 11.12 juta kes dan Brazil dengan lebih 10.59 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 4 juta kes ialah United Kingdom dan Rusia sementara Perancis dan Sepanyol, lebih 3 juta.
Itali, Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.
Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Kanada, Portugal, Chile, Romania, Belgium, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Hungary, Arab Saudi, Jordan, Panama, Emiriah Arab Bersatu dan Lebanon.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.54 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 515,640 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 255,720 kes, Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Sepanyol, Jerman, Iran dan Colombia.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru, Poland dan Indonesia.
Selain itu, Turki, Ukraine, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Astro Awani
Tue Mar 02 2021

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 28.7 juta kes. -Gambar fail

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.

ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha
Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.

Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta
Data KKM pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.

COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat
16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 809 kes baharu, enam kematian dicatat
17,972 kes aktif direkodkan pada Isnin dan daripada jumlah itu 16,772 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat
22,505 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 20,889 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.