BERLIN: Dengan hampir 4,000 pesakit COVID-19 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), hospital di Jerman kini hampir mencecah kapasiti penuh.
Pada Khamis, sebuah helikopter dilihat membawa pesakit ICU dari timur Jerman, Thuringia ke hospital yang terletak di Hannover kerana dipercayai tiada kekosongan katil untuknya.
Tentera Udara Jerman juga telah menyediakan dua pesawat Medevac khusus bagi membawa pesakit yang memerlukan rawatan ICU ke kawasan yang mempunyai katil yang tersedia.
Pada Khamis, Saxony menjadi negeri pertama di Jerman yang merekodkan jumlah kes mingguan melebihi 1,000 bagi setiap 100,000 penduduk.
Pegawai kesihatan memaklumkan, 68.1 peratus daripada 83 juta penduduk Jerman telah diberi vaksin sepenuhnya, jauh di bawah paras minimum 75 peratus yang disasarkan kerajaan.
Astro Awani
Fri Nov 26 2021

Tentera Udara Jerman menyediakan dua pesawat Medevac khusus bagi membawa pesakit yang memerlukan rawatan ICU ke lokasi yang mempunyai katil tersedia. -AP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

COVID-19: Katil ICU di Jerman hampir penuh, tentera bantu pindahkan pesakit
Tentera Udara Jerman menyediakan dua pesawat Medevac khusus bagi membawa pesakit yang memerlukan rawatan ICU ke lokasi yang mempunyai katil tersedia.