Itali mencatatkan penurunan 1,107 kes pesakit COVID-19 yang masih dirawat menjadikan jumlah keseluruhan yang masih dirawat di hospital berkurang kepada 25,768 pesakit.
Menurut Pesuruhjaya Khas Koronavirus Itali, Angelo Borelli, pertambahan jumlah kes baharu pandemik itu juga semakin berkurangan sejak 27 Mac lalu.
Bercakap dalam sidang media harian di Rome, Borelli berkata, tekanan terhadap barisan hadapan di hospital semakin berkurang berikutan penurunan jumlah pesakit.
Ini dibantu dengan penurunan pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
"Kita melakukan usaha yang baik di hospital, langkah-langkah pengasingan dan kerjasama rakyat, membuatkan trend penularan semakin perlahan.
"Pada tahap darurat ini, kami telah memutuskan untuk menjadualkan semula semua sidang media , tetapi kami memberi jaminan ketelusan.
"Kami akan terus menyiarkan nombor dan statistik secara harian dalam laman web dan sosial media.
"Mulai sekarang, kami akan melakukan sidang media pada Isnin dan Selasa pukul 6 petang (waktu tempatan)," katanya.
Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh dan dibenarkan pulang pula mencatatkan pertambahan 2,563 kes dengan keseluruhan lebih 42,000.
Borelli mengucapkan tahniah kepada pihak hospital serta rakyat Itali kerana mengurangkan penyebaran COVID-19.
Astro Awani
Fri Apr 17 2020
Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh dan dibenarkan pulang mencatatkan pertambahan 2,563 kes dengan keseluruhan lebih 42,000. -AP Photo/Andrew Medichini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Populasi China catat penurunan untuk tahun kedua berturut-turut
Jumlah penduduk China pada 2023 menurun untuk tahun kedua berturut-turut, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Rabu.
Lebih 25,000 mangsa banjir di lima negeri setakat 8 malam - NADMA
Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan penurunan kepada 25,763 orang setakat 8 malam ini berbanding 28,310 orang pagi tadi.
COVID-19: R-naught negara turun kepada 1.12, Terengganu dan Kelantan tertinggi
Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan.
COVID-19: Kes jangkitan di Amerika Utara dan Selatan turun 10 peratus - PAHO
Kadar kes jangkitan COVID-19 di Pan Amerika Utara dan Selatan dilaporkan mula mencatat penurunan.
COVID-19: Itali catat penurunan kes positif, peningkatan pesakit sembuh
Itali mencatatkan penurunan 1,107 kes pesakit COVID-19 yang masih dirawat menjadikan jumlah keseluruhan yang masih dirawat di hospital berkurang kepada 25,768 pesakit.