KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus mencatat penurunan.

Pada Jumaat, ia susut kepada 1.12 berbanding 1.15 pada hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan.

Terengganu dan Kelantan mencatat kadar tertinggi masing-masing dengan 1.29.

Ini diikuti Sabah, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Johor, Putrajaya dan Pahang serta Kuala Lumpur.

Negeri yang di bawah purata kebangsaan termasuk Selangor, Sarawak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Perlis dan Labuan masing-masing mencatat 13 dan tujuh kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.