NEW DELHI: India pada Rabu mencatatkan jumlah kes kematian harian tertinggi sejak COVID-19 dikesan di negara itu dan ketika hospital terus bergelut dengan jumlah pesakit COVID-19 yang terlalu ramai, lapor Agensi Anadolu.
Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada pagi Rabu, seramai 3,780 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah korban keseluruhan 226,188.
Walaupun terdapat sedikit penurunan jangkitan sejak Sabtu, kes melonjak semula kepada 382,315 pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 20.66 juta.
Selepas mencatatkan lebih 400,000 kes baharu - rekod baharu pada Sabtu lalu - terdapat penurunan kes harian pada Selasa iaitu 357,229
Lonjakan kes harian menyebabkan sistem kesihatan lumpuh, dengan beberapa hospital di New Delhi kekurangan alat oksigen.
Beberapa hospital kini bakal berdepan kes mahkamah apabila pesakit meninggal dunia disebabkan kekurangan peralatan oksigen.
"Kami amat sedih melihat kematian pesakit COVID hanya disebabkan ketiadaan bekalan oksigen di hospital ia satu kesalahan dan seperti pembunuhan beramai-ramai oleh kumpulan yang telah diberi tugas untuk memastikan bekalan oksigen perubatan yang cukup," kata Mahkamah Tinggi Allahabad, Uttar Pradesh pada Selasa.
Sementara itu, Bank Rizab India mengumumkan kemudahan kecairan sebanyak 500 bilion rupee India (US$6.7 bilion) untuk akses perkhidmatan kesihatan kecemasan.
"Di bawah skim itu, bank dapat memberikan sokongan pinjaman baharu kepada pelbagai entiti termasuk pembuatan vaksin ... dan juga pesakit untuk mendapatkan rawatan," kata Gabenor Shaktikanta Das pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021
Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada pagi Rabu, seramai 3,780 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah korban keseluruhan 226,188. - Foto REUTERS
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Kerajaan India luluskan kenaikan gaji penjawat awam di tengah kenaikan harga barang
Seramai 6.49 juta pesara turut menerima kenaikan sebanyak tiga peratus dalam bantuan sara hidup.
Ahli politik veteran India ditembak mati di Mumbai
Tiga penyerang melepaskan tembakan terhadap bekas menteri negeri Maharashtra itu yang lebih dikenali sebagai Baba Siddique.
7 maut dalam kebakaran di barat daya India
Semua mangsa yang maut adalah daripada keluarga yang sama.
India akan belanja US$1.2 bilion dalam tujuh tahun bagi kurangkan import minyak makan
Kerajaan India pada Khamis meluluskan inisiatif untuk meningkatkan minyak bijian domestik kepada 69.7 juta tan menjelang 2030-31.
3.9 juta pengundi tunai tanggungjawab dalam fasa akhir pilihan raya Kashmir
Pengundi di Kashmir yang ditadbir India pada Selasa keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam fasa ketiga dan terakhir pilihan raya penting.
Anwar ikhlas tangani isu-isu lama dihadapi masyarakat India - Xavier
Kerajaan MADANI pimpinan Anwar Ibrahim komited dan ikhlas menangani isu-isu lama yang dihadapi masyarakat India di Malaysia.
Ramanan umum dana tambahan RM6 juta khusus untuk usahawan kaum India
Dana ini akan disalurkan melalui program I-BAP, yang menawarkan geran padanan sehingga RM100,000 untuk meningkatkan kapasiti, keupayaan, dan prestasi perniagaan PMKS.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.
India rekod kes virus mpox
Virus berkenaan dikesan daripada seorang lelaki yang baru pulang dari negara terjejas.