SEMUA orang dewasa berumur 25 hingga 29 tahun di England yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh membuat janji temu dos pertama mereka bermula hari ini (8 Jun).
Langkah itu dilihat mampu membawa United Kingdom (UK) ke arah mencapai sasaran menawarkan vaksin kepada semua orang dewasa pada penghujung Julai.
Setiausaha Kesihatan UK Matt Hancock berkata pada Isnin, vaksin akan memutuskan hubungan antara jangkitan virus dan kemasukan ke hospital serta kematian.
"Sehingga hari ini, 76 peratus orang dewasa UK telah diberi vaksin sekurang-kurangnya satu dos dan 52 peratus orang dewasa telah diberikan dua suntikan.
"Kelajuan pelancaran vaksin sangat luar biasa.
"Sabtu ini sahaja, pasukan vaksinasi memberi lebih 675,000 suntikan dan saya gembira untuk menyatakan kepada Dewan bahawa mulai minggu ini kita akan mula menawarkan vaksinasi kepada mereka di bawah 30 tahun.
"Ini akan membawa kita semakin dekat dengan sasaran iaitu untuk menawarkan vaksin kepada semua orang dewasa di UK pada akhir bulan depan," kata Hancock.
Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk melonggarkan sekatan seperti tarikh dirancang 21 Jun ini.
Ini kerana, terdapat kebimbangan peningkatan kes jangkitan disebabkan varian India atau dikenali sebagai Varian Delta.
Doktor di perkhidmatan kesihatan kebangsaan akan mula memberikan mesej sepanjang minggu bagi menggalakkan golongan belia datang untuk mendapatkan vaksin.
Berdasarkan data, Hancock berkata, program vaksinasi UK telah berjaya mengelakkan 39,000 kemasukan ke hospital dan 13,000 kematian.
Sementara itu, katanya, Jawatankuasa Ubat-Ubatan UK akan menasihati kerajaan mengenai pemberian vaksinasi kepada kanak-kanak.
Astro Awani
Tue Jun 08 2021
![COVID-19: England tawar vaksin kepada individu 25-29 tahun COVID-19: England tawar vaksin kepada individu 25-29 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623113815_MattHancock.jpg)
HANCOCK: Ini akan membawa kita semakin dekat dengan sasaran iaitu untuk menawarkan vaksin kepada semua orang dewasa di UK pada akhir bulan depan. - Gambar fail AP
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723521953_Serpentine.jpg)
UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun
United Kingdom mencatatkan hari paling panas tahun ini apabila suhu mencecah 34.8 darjah Celcius di Cambridge.
![Protes antipendatang merebak ke barat daya England Protes antipendatang merebak ke barat daya England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722896022_Plymouth.jpg)
Protes antipendatang merebak ke barat daya England
Protes antipendatang dilaporkan merebak ke Plymouth di barat daya England pada Isnin.
![Beberapa orang ditikam dalam 'insiden besar' di England Beberapa orang ditikam dalam 'insiden besar' di England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722272232_TBPOLICEUK.jpg)
Beberapa orang ditikam dalam 'insiden besar' di England
Polis Merseyside mengesahkan bahawa mereka bertindak balas terhadap panggilan kecemasan berhubung kejadian pada petang di sebuah kediaman.
![Guardiola tiada niat tinggalkan Manchester City dalam masa terdekat Guardiola tiada niat tinggalkan Manchester City dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721791884_PepGuardiola.jpg)
Guardiola tiada niat tinggalkan Manchester City dalam masa terdekat
Buat masa ini, dia mahu memberi tumpuan kepada usaha City memenangi kejuaraan liga Inggeris kelima berturut-turut yang belum pernah terjadi.
![EURO 2024: Saya hanya mampu minta maaf kepada peminat - Luke Shaw EURO 2024: Saya hanya mampu minta maaf kepada peminat - Luke Shaw](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721013896_LukeShaw.jpg)
EURO 2024: Saya hanya mampu minta maaf kepada peminat - Luke Shaw
Luke Shaw tidak pernah berada dalam kesebelasan utama sejak saingan kumpulan akibat dari kecederaan yang dialaminya di Manchester United.
![Sepanyol juara Euro 2024, England terus kempunan Sepanyol juara Euro 2024, England terus kempunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720996121_EUROSpainCh.jpg)
Sepanyol juara Euro 2024, England terus kempunan
Kemenangan itu menjadi kejuaraan Eropah keempat buat La Roja manakala England terus kempunan tewas dalam dua perlawanan akhir berturut-turut.
![EURO 2024: Harry Kane sedia 'tinggalkan' pencapaian terdahulu demi julang gelaran bersama England EURO 2024: Harry Kane sedia 'tinggalkan' pencapaian terdahulu demi julang gelaran bersama England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720931139_HarryKane.jpg)
EURO 2024: Harry Kane sedia 'tinggalkan' pencapaian terdahulu demi julang gelaran bersama England
HARRY Kane mengakui dia sedia 'tinggalkan segala pencapaian yang diperoleh sepanjang kerjaya' untuk memenangi Euro 2024 bersama England, apabila bakal bertemu Sepanyol awal pagi esok.
![EURO 2024: England perlu muncul juara demi penghormatan dunia bola sepak EURO 2024: England perlu muncul juara demi penghormatan dunia bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720931720_GarethSouthgate.jpg)
EURO 2024: England perlu muncul juara demi penghormatan dunia bola sepak
GARETH Southgate percaya England perlu memenangi Euro 2024 jika mereka ingin mendapat pengiktirafan dunia bola sepak.
![EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720658510_tbOllieWatkinsEng.jpg)
EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons dan Harry Kane.
![EURO 2024: 'Sesiapa yang berdepan England berharap Kane tidak bermain' EURO 2024: 'Sesiapa yang berdepan England berharap Kane tidak bermain'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720502654_HarryKane.jpg)
EURO 2024: 'Sesiapa yang berdepan England berharap Kane tidak bermain'
PEMAIN England memberikan sokongan kepada kapten mereka, Harry Kane yang berada dalam tekanan selepas persembahan hambar dalam kejohanan Euro kali ini.