WASHINGTON: Presiden Joe Biden menggesa rakyat Amerika Syarikat (AS) yang masih belum divaksinasi untuk mendapatkan suntikan bagi melindungi diri daripada koronavirus.

Biden memberi amaran, individu yang tidak divaksinasi membahayakan komuniti mereka terutamanya ketika kemunculan varian Delta.

"Tetapi perjuangan kita untuk melawan virus ini belum berakhir.

"Sekarang ketika saya bercakap dengan anda berjuta-juta orang Amerika masih belum divaksinasi dan tidak dilindungi.

“Kerana itu, komuniti mereka berisiko, rakan mereka berisiko, orang yang mereka sayangi berisiko.

"Ini menjadi kebimbangan yang lebih besar disebabkan varian Delta.

“Dalam taklimat hari ini, kami membincangkan bagaimana varian Delta sudah bertanggungjawab kepada separuh daripada semua kes di banyak bahagian negara ini.

"Ia lebih mudah disebarkan, berpotensi lebih berbahaya dan semestinya kerana pertimbangan semula,” jelasnya.

Katanya, varian Delta bertanggungjawab terhadap separuh daripada semua kes di kebanyakan bahagian di AS.

Varian Delta, yang menjadi dominan di banyak negara, lebih mudah disebarkan daripada versi koronavirus sebelum ini dan boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk, terutama dalam kalangan orang muda.

Biden menyatakan kajian sejak awal Mei menunjukkan hampir setiap hospital atau kematian COVID-19 di AS adalah antara individu yang tidak diberi vaksin.

Biden berkata, pentadbirannya akan menumpukan musim panas untuk memberi lebih banyak vaksin, termasuk pergi ke rumah di kawasan kejiranan bagi memastikan lebih banyak individu dilindungi daripada virus.

Katanya, 42,000 farmasi tempatan akan berfungsi sebagai tempat vaksin.

Penekanan baharu akan diberikan untuk mendapatkan vaksin kepada doktor keluarga dan penyedia perubatan termasuk mereka yang memberi perkhidmatan kepada orang muda.

Vaksin juga akan disediakan di tempat kerja dan lebih banyak klinik bergerak akan digunakan untuk membantu di festival musim panas, acara sukan dan rumah ibadah.