KUALA LUMPUR: Penyanyi era 70-an, M. Rizal menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor malam tadi akibat ulser perut.

Allahyarham yang nama sebenarnya Mohd Razali Hashim, 71, merupakan Juara Bintang RTM 1978. 

Dilahirkan pada 19 Julai 1953, penyanyi yang berasal dari Teluk Intan, Perak itu pernah menghasilkan tiga album studio.

Antara lagu yang menjadi siulan ketika itu ialah Abang Beca, Hatiku Menangis Kernamu, dan Usah Kau Rayu Padanya

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Skudai jam 10 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan isteri, Salmah Musa, 74, bersama lima anak dan 11 cucu.