RIYADH: Arab Saudi mula melonggarkan sekatan COVID-19 bagi jemaah haji tahun ini.
Ia memaklumkan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di sebahagian besar kawasan tertutup.
Jemaah boleh memilih untuk terus mengenakan pelitup muka.
Pemakaian pelitup muka bagaimanapun masih diwajibkan di Masjidil Haram dan di masjid utama di Madinah.
Selain itu, jemaah juga tidak lagi perlu menunjukkan bukti vaksinasi pada permohonan mereka untuk memasuki tempat tertutup.
Pandemik COVID-19 menjejaskan ibadah haji yang menjadi sumber ekonomi utama sekitar AS$12 bilion setahun buat Arab Saudi.
Pada 2021, Arab Saudi terpaksa mengurangkan bilangan jemaah haji. Hanya 60,000 jemaah tempatan lengkap divaksin dibenarkan mengerjakan haji.
Sementara itu, bagi tahun ini, jumlah jemaah ditetapkan pada sejuta orang merangkumi mereka yang berusia di bawah 65 tahun sahaja.
Jemaah luar negara perlu memohon visa dan menunjukkan bukti ujian COVID-19 negatif 72 jam sebelum menaiki pesawat.
Sejak pandemik, negara itu merekodkan lebih 778,000 kes dengan lebih 9,000 kematian.
Astro Awani
Tue Jun 14 2022

Arab Saudi mula melonggarkan sekatan COVID-19 bagi jemaah haji tahun ini. -Gambar fail/Twitter

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Indonesia tarik balik sekatan pergerakan COVID-19
Kerajaan Indonesia memutuskan untuk menarik balik sekatan COVID-19 membabitkan aktiviti awam di seluruh negara, kata Presiden Joko Widodo pada Jumaat.

Sri Lanka: Sekatan COVID-19 untuk pelancong asing dimansuh
Kementerian Kesihatan Sri Lanka pada Rabu mendedahkan bahawa sekatan COVID-19 yang dikenakan terhadap pelancong yang tiba dari luar negara telah dibatalkan.

COVID-19: Arab Saudi longgarkan sekatan bagi jemaah haji
Pemakaian pelitup muka bagaimanapun masih diwajibkan di Masjidil Haram dan di masjid utama di Madinah.

Sekatan COVID-19: Kewajipan sijil vaksinasi ditarik semula di Republik Czech
Perdana Menteri Petr Fiala berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa lagi kelonggaran dalam bulan ini.

Demonstrasi bantah vaksin di sempadan AS-Kanada cetus kebimbangan
Demonstrasi berkenaan dilakukan oleh pemandu-pemandu lori yang membantah mandat vaksin dan sekatan COVID-19 yang lain.

Denmark tarik balik sekatan COVID mulai 1 Feb
Mulai Selasa depan, rakyat tidak perlu memakai pelitup muka apabila memasuki pasar raya atau menaiki pengangkutan awam.

Sekatan COVID-19: Rakyat Belgium bantah pemendekan tempoh sijil vaksinasi
Ia susulan keputusan kerajaan yang mengurangkan kesahihan sijil vaksinasi daripada 270 hari kepada 150 hari, bermula 1 Mac.

PM UK mungkin berdepan undi tidak percaya
Sebanyak 20 ahli Parti Konservatif bercadang mengemukakan surat undi tidak percaya mereka terhadap Johnson.

Tonton wayang sambil menaiki gondola... Mahu cuba?
Mereka menaiki gendola yang dijarakkan antara satu sama lain sambil menonton filem yang ditayangkan.

COVID-19: Thailand terus catat penurunan kes baharu
Memandangkan Thailand terus mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19, kerajaan negara itu sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan COVID-19.