BEIJING: Pasukan petugas antara agensi Majlis Negara China bagi tindak balas COVID-19 melaksanakan perancangan pusingan baharu vaksinasi COVID-19 untuk warga emas dan kumpulan penting lain di negara itu, lapor Xinhua.

Memandangkan subvarian XBB Omicron semakin menular di negara ini, inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.

Pelan itu menyasarkan kumpulan utama, termasuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang berumur antara 18 dan 59 yang menghidap penyakit serius, fungsi imuniti yang lebih lemah atau berisiko tinggi untuk dijangkiti.

-- BERNAMA