BEIJING: China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS), menurut kenyataan daripada jawatankuasa tarif dan pengelasan Majlis Negara China yang dikeluarkan pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Cukai tambahan akan dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang diimport dari Amerika Syarikat berkuat kuasa 10 Feb, menurut kenyataan itu. Selain cukai 15 peratus, cukai 10 peratus juga dikenakan ke atas minyak mentah, jentera pertanian, kenderaan berkapasiti besar dan trak pikap dari AS.

-- BERNAMA