HANOI: China dan Vietnam sepakat untuk menggembleng tenaga dalam usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama negara yang berasaskan pemerkasaan perkongsian kerjasama strategik komprehensif Beijing-Hanoi.
Kedua-dua negara turut mengumumkan hala tuju baharu dalam hal berkaitan hubungan dua hala.
Pengumuman itu dibuat selepas pertemuan Presiden China Xi Jinping dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong di Hanoi pada Selasa.
Xi turut mengetengahkan enam cadangan berhubung usaha sama membina komuniti berkongsi nasib sesama negara.
"Pertama, perlunya mengekalkan haluan politik yang betul. China dan Vietnam harus mengikut bimbingan strategik peringkat tinggi, mengukuhkan pertukaran dan saling belajar dalam tadbir urus negara.
"Selain itu, kedua-dua negara juga perlu saling menyokong antara satu sama lain dalam isu berkaitan kepentingan teras dan keprihatinan utama masing-masing dan bersama menegakkan kesaksamaan dan keadilan antarabangsa," kata Xi.
Beliau berkata kedua-dua pihak harus memperkukuh rasa saling percaya dari aspek keselamatan, sambil menambah bahawa China tegas menyokong Vietnam dalam mengekalkan kestabilan sosial dan perpaduan etnik.
"Kami (China) yakin, pihak Vietnam akan terus menyokong kami dalam usaha penyatuan semula tanah air dan menolak campur tangan dari luar," kata beliau.
Menyentuh mengenai kerjasama yang substantif, Xi berkata China bersedia untuk berkongsi peluang dengan Vietnam serta mewujudkan pembangunan bersama.
"Vietnam dialu-alukan untuk membuat penyelarasan dengan lapan langkah utama mengenai pembinaan berkualiti dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di samping memperluas kerjasama dalam bidang baru muncul seperti ekonomi digital dan pembangunan hijau," kata Xi.
Presiden China juga menyeru supaya lebih banyak input diberikan untuk mengukuhkan sokongan dari peringkat akar umbi terhadap persahabatan China-Vietnam.
"Kerjasama dua hala lebih menfokuskan kepada bidang berkaitan kesejahteraan rakyat seperti pertanian, pendidikan dan perubatan selain perkara berkaitan dengan golongan belia, pelancongan dan di peringkat daerah.
"Meningkatkan persefahaman antara rakyat terhadap komuniti berkongsi nasib serta persahabatan yang terjalin sejak sekian lama antara dua negara," kata Xi.
Beliau berkata China dan Vietnam harus bekerja rapat dalam isu antarabangsa dan serantau serta mengawal perselisihan berhubung isu maritim.
Dalam pada itu, Trong meluahkan hasrat pihak Vietnam untuk bekerjasama dengan China ke arah komuniti berkongsi nasib yang berkepentingan strategik.
"Kerjasama dua negara membabitkan politik, ekonomi, dagangan, keselamatan dan sektor bukan kerajaan akan diperkasa lagi sehingga menjadi contoh kepada usaha yang boleh mewujudkan situasi sama menang," katanya.
Trong berkata usaha itu selaras dengan kepentingan kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.
Mengenai pertikaian maritim, berliau berkata itu hanya sebahagian daripada hubungan Vietnam-China dan kedua-dua pihak boleh mengendalikannya dengan baik berasaskan prinsip saling mempercayai dan menghormati.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
Pengumuman itu dibuat selepas pertemuan Presiden China Xi Jinping dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong di Hanoi pada Selasa. - Gambar fail
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Enam pelajar SM Imtiaz Kuala Berang rangkul dua emas pertandingan inovasi di China
Enam pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang meraih dua pingat emas dalam International Innovative Technology Summit (ITTS) 2024 di Beijing, China baru-baru ini.
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.