China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas Shenzhou-19 dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China pada 4.27 pagi tadi.
Bernama
Wed Oct 30 2024
Kapal Shenzhou-19 akan bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas. - Gambar/ Reuters
BEIJING: China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas Shenzhou-19 dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China pada 4.27 pagi tadi.
Sepuluh minit selepas pelancaran, kapal Shenzhou-19 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang ditetapkan.
Sekarang, kru angkasawan berada dalam keadaan baik, kata Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).
Menurut rancangan, kapal Shenzhou-19 akan bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas. Selepas itu, kru Shenzhou-19 akan melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit.
Selain itu, angkasawan Shenzhou-19 akan menjalani aktiviti luar kenderaan (EVA) beberapa kali untuk melakukan eksperimen fizik asas grativiti mikro, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa, teknologi angkasa dan lain-lain.