BEIJING: China akan terus memperjuangkan matlamat mengharumkan nama negara di persada dunia melalui pelaksanaan dua misi utama projek angkasa lepas bagi tahun 2024, menurut maklumat Pejabat Kejuruteraan Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China pada Khamis.
Misi utama itu dilaksanakan untuk menyelaraskan dan menggalakkan aplikasi dan pembangunan Stesen Angkasa Lepas China serta penerbangan bermanusia bagi penerokaan Bulan.
Dua misi utama berkenaan merangkumi dua kali penerbangan bermanusia dan dua kali penerbangan kapal angkasa kargo untuk bekalan bahan logistik.
Antara yang sudah berjaya diselesaikan, termasuk sekali penerbangan kapal angkasa kargo untuk bekalan bahan logistik yang dijalankan Tianzhou-7 pada Januari lepas.
Sementara itu, dua lagi penerbangan bermanusia yang belum disempurnakan akan dijalankan oleh Shenzhou-18 dan Shenzhou-19 secara berturut-turut serta sekali penerbangan kapal angkasa kargo yang bakal dijalankan Tianzhou-8.
Kru kapal angkasa yang terpilih untuk kedua-dua misi penerbangan bermanusia tersebut dilaporkan sedang menjalani latihan berkenaan.
Pada masa ini, kru kapal angkasa Shenzhou-17 yang sedang bertugas di Stesen Angkasa Lepas China berada dalam keadaan fizikal dan mental yang baik dan dijadualkan kembali ke Bumi pada akhir April.
Kini fasa penyelidikan dan pengeluaran sampel sedang menyediakan pelbagai kelengkapan untuk dua misi penerbangan utama seperti roket pembawa Long March 10, kapal angkasa lepas bermanusia generasi baharu yang bernama Mengzhou, prob Bulan generasi baharu yang bernama Lanyue, sut pendaratan Bulan dan lain-lain.
Selain itu, pembinaan pelbagai kemudahan dan peralatan bagi ujian pelancaran yang menyokong misi pendaratan Bulan akan dimulakan di pusat pelancaran Wenchang dan kerja-kerja penyelidikan serta pengeluaran yang berkaitan dengan pelbagai sistem berkenaan sedang dijalankan mengikut jadual.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Misi utama itu untuk menyelaras dan menggalak aplikasi dan pembangunan Stesen Angkasa Lepas China serta penerbangan bermanusia bagi penerokaan bulan. - AP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

China akan lancar dua kapal angkasa bermanusia Shenzhou tahun ini
Misi utama itu untuk menyelaras dan menggalak aplikasi dan pembangunan Stesen Angkasa Lepas China serta penerbangan bermanusia bagi penerokaan bulan.