Syarikat teknologi IBM pada Selasa mengumumkan beberapa inisiatif baru dalam bidang rawatan dan perubatan, termasuk alat bagi membantu pesakit Parkinson dan penghidap kencing manis.
Bahagian Penyelidikan syarikat itu, IBM Research, memperkenalkan prototaip 'sensor kuku' pertama, yang boleh mengubah cara menggunakan data klinikal, dengan menggabungkan pembelajaran kecerdasan buatan (AI) dan mesin.
"Sensor itu mengukur bagaimana kuku membengkok dan bergerak secara berterusan sepanjang hari untuk menunjukkan kekuatan cengkaman, iaitu penanda biologi utama untuk kesihatan.
"Dengan terus mengumpul data dan memasukkannya ke dalam algoritma AI, sensor itu dapat memberikan gambaran yang lebih tepat berhubung kekuatan cengkaman dan pergerakan seorang pesakit dari masa ke masa.
"Ini akan membolehkan doktor memberikan cadangan rawatan yang lebih khusus untuk pelbagai keadaan, dari penyakit Parkinson hingga kepada penyakit kardiovaskular," kata IBM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Pameran Pengguna Elektronik (CES) 2019 di sini.
Pada masa sama, IBM Research turut bekerjasama dengan The Michael J. Fox Foundation untuk memperkenalkan satu inisiatif baru bagi lebih memahami penyakit Parkinson.
Syarikat itu juga bekerjasama dengan Medtronic untuk melancarkan satu alat baru yang boleh membantu penghidap kencing manis meramalkan dengan lebih tepat kemungkinan akan terjadi peristiwa glukosa rendah dalam masa 1 hingga 4 jam akan datang.
Terdahulu, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IBM, Ginni Rometty menyampaikan ucaptama pada majlis pembukaan CES 2019.
Dalam ucapannya, Rometty menunjukkan bagaimana teknologi seperti kecerdasan buatan, blok rantaian dan awan membentuk semula dunia perniagaan, dan seterusnya, kehidupan seharian kita.
Beliau juga mengambil kesempatan untuk melancarkan beberapa produk dan perkhidmatan baharu dari IBM.
Buat pertama kalinya, Astro AWANI memberi liputan secara langsung di CES 2019 di Las Vegas. Ikuti segala perkembangan CES 2019 bersama Editor Bisnes Astro AWANI melalui laman sosial beliau @ibrahimsaninet
Ibrahim Sani
Wed Jan 09 2019
![CES 2019: IBM lancar prototaip 'sensor kuku' bantu pesakit kencing manis CES 2019: IBM lancar prototaip 'sensor kuku' bantu pesakit kencing manis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81546983053_IBMCES.jpg)
Selain prototaip 'sensor kuku', IBM turut melancarkan beberapa produk baru yang berteraskan 'Kecerdasan Buatan' pada CES 2019 di Las Vegas, Amerika Syarikat, 8 Jan, 2019. Astro AWANI/IBRAHIM SANI
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720426820_RamliMohamedYoosuf.jpg)
JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis
"Penipuan seperti ini memang sebenarnya berlaku dan ia semakin hari kita jangka akan terus berlaku."
![Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721022524_FahmiFadzilSitiN.jpg)
Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi
Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
![Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara
Cadangan itu adalah langkah strategik KDN bagi meningkatkan kawalan sempadan di Malaysia menggunakan teknologi terkini, selari dengan perkembangan semasa dunia.
![Teroka, manfaatkan AI untuk pertingkat mutu perkhidmatan awam - Fahmi Teroka, manfaatkan AI untuk pertingkat mutu perkhidmatan awam - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720538382_CelcomDigiAiXFah.jpg)
Teroka, manfaatkan AI untuk pertingkat mutu perkhidmatan awam - Fahmi
AI terbukti berupaya melonjak keupayaan penghasilan produk dan perkhidmatan namun penggunaannya masih belum menyeluruh.
![OGAWA perkenal BIOVIS, kerusi urut ultra ketepatan dipacu AI pertama di dunia OGAWA perkenal BIOVIS, kerusi urut ultra ketepatan dipacu AI pertama di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720173436_OGAWABIOVISAI.jpg)
OGAWA perkenal BIOVIS, kerusi urut ultra ketepatan dipacu AI pertama di dunia
OVERSEER memanfaatkan algoritma AI menganalisa dan mencipta program kesihatan yang disesuaikan secara khusus untuk keperluan berbeza setiap individu.
![Persaingan ekonomi: Sistem pendidikan Malaysia perlu buat penyelarasan pantas - PM Anwar Persaingan ekonomi: Sistem pendidikan Malaysia perlu buat penyelarasan pantas - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716979417_AnwarIbrahim.jpg)
Persaingan ekonomi: Sistem pendidikan Malaysia perlu buat penyelarasan pantas - PM Anwar
Penekanan kepada kejuruteraan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan AI bermakna proses akademik biasa tidak boleh digunakan lagi.
![Penyelidik Jepun guna AI ramal risiko kanser daripada imej hati berlemak Penyelidik Jepun guna AI ramal risiko kanser daripada imej hati berlemak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718967401_TBAI.jpg)
Penyelidik Jepun guna AI ramal risiko kanser daripada imej hati berlemak
Sekumpulan penyelidik Jepun mengumumkan bahawa mereka membangunkan model pembelajaran mendalam untuk meramalkan risiko permulaan kanser daripada imej hati berlemak, lapor Jiji Press.
![Program kesedaran penggunaan AI secara bertanggungjawab perlu dipertingkat Program kesedaran penggunaan AI secara bertanggungjawab perlu dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718757909_TBAIRAKYAT.jpg)
Program kesedaran penggunaan AI secara bertanggungjawab perlu dipertingkat
Adil Hidayat berkata, kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif AI yang baik dan ia sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya.
![Meta tangguh pelancaran perisian kecerdasan buatan di Eropah Meta tangguh pelancaran perisian kecerdasan buatan di Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709656518_MetaPlatforms.jpg)
Meta tangguh pelancaran perisian kecerdasan buatan di Eropah
Gergasi media sosial Meta menangguhkan pelancaran perisian kecerdasan buatan (AI) terbarunya di Eropah berikutan kebimbangan daripada agensi perlindungan data.
![Arab Saudi perhebat penguatkuasaan, kerah EV berkuasa AI Arab Saudi perhebat penguatkuasaan, kerah EV berkuasa AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718269102_ArabsaudiEV.jpg)
Arab Saudi perhebat penguatkuasaan, kerah EV berkuasa AI
Lucid akan mempunyai beberapa ciri keselamatan, disokong oleh teknologi AI, dalam usaha pasukan keselamatan Saudi dalam mencapai misi mereka.