Masyarakat perlu kembali kepada sumber berita tradisional jika mereka mahu mendapatkan berita yang tepat, kata bekas ketua pasukan media seorang perdana menteri Britain dalam forum media antarabangsa di sini.
Giles Kenningham yang merupakan ketua pasukan media bahagian politik David Cameron, berkata media sosial dalam talian dipenuhi berita palsu dan satu daripada perkhidmatan rangkaian sosial utama merupakan penyumbang terbesar berita palsu.
Kenningham adalah antara anggota panel dalam sesi bertajuk 'Can Truth Prevail' (Bolehkah Kebenaran Menang), pada Forum Media Eurasia ke-14, anjuran kerajaan Kazakhstan.
Kenningham yang kini menguruskan Trafalgar Strategy, firma perundingan komunikasi strategik, berkata "kita tinggal dalam budaya suara yang disunting, di mana semakin kurang orang membeli akhbar dan menonton televisyen pula menerusi temu janji".
Beliau berkata berita palsu boleh dibasmi jika media sosial dalam talian tertakluk kepada pemeriksaan yang ketat dan ada pihak ketiga yang menyemak maklumat.
Bagaimanapun, Kenningham berkata berita palsu boleh dikekang jika semua pihak termasuk kerajaan lebih telus dalam aktiviti mereka kerana ini akan meningkatkan kepercayaan orang ramai.
Beliau berkata orang ramai harus dididik untuk tidak bergantung kepada satu sumber maklumat sahaja.
Seorang lagi anggota panel, Menteri Penerangan dan Komunikasi Kazakhstan Dauren Abayev berkata media sosial dibanjiri jutaan berita dan maklumat pada setiap minit dan bukan mudah untuk mengekang berita palsu kerana banyak masa diperlukan untuk mengesahkan walau hanya satu berita yang belum disahkan.
Bagaimanapun, menteri itu berkata kebenaran akan menang apabila orang ramai memproses maklumat menggunakan akal.
Beliau berkata satu atau dua berita palsu tidak begitu menjejaskan masyarakat namun yang membimbangkan apabila sesetengah orang seperti 'pemimpin yang kuat' memanipulasi media sosial untuk menyebarkan berita palsu bagi kepentingangan diri sendiri.
FORUM-BERITA PALSU 3 (AKHIR) ASTANA
Presiden Cable Public Affairs Channel (CPAC) Kanada, Catherine Cano pula berkata media perlu bersatu dengan audiens atau mereka akan beralih kepada media alternatif.
Beliau berkata masyarakat kini lebih berminat mendapatkan berita yang mereka ingin tahu dan bukan yang disediakan oleh media biasa.
Cano berkata bagi memastikan audiens setia, media harus memberi konteks kepada laporan berita, iaitu aspek yang ditinggalkan pada masa ini, dan menambah satu cara untuk melibatkan audiens ialah dengan melakukan laporan yang mendalam.
Seorang lagi anggota panel, penerbit UK TV Shahida Tulaganoval berkata laporan berita TV pada hari ini terlalu pendek dan tidak dapat memberi gambaran lengkap sesuatu kejadian.
Katanya 'suara' mangsa yang sering disisihkan daripada klip video tv membuatkan sesebuah berita itu tidak lengkap bagi audiens yang sudah tentu akan mencari sumber maklumat lain untuk mengetahui sisi lain berita berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2017

Beliau berkata orang ramai harus dididik untuk tidak bergantung kepada satu sumber maklumat sahaja.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum
Giles Kenningham yang merupakan ketua pasukan media bahagian politik David Cameron, berkata media sosial dalam talian dipenuhi berita palsu.