MANILA: Calon-calon pilihan raya presiden Filipina kini giat menjalankan kempen hingga ke pelosok daerah untuk meraih lebih banyak sokongan dalam fasa kemuncak kempen masing-masing.
Reuters melaporkan, persaingan dilihat semakin sengit antara dua calon iaitu Ferdinand Marcos Jr dan seteru politik lamanya, Leni Robredo.
Marcos, 64, yang merupakan anak lelaki kepada diktator yang pernah memerintah Filipina selama dua dekad, memiliki kelebihan dalam undi berbanding Naib Presiden Robredo, menjelang hari membuang undi pada 9 Mei nanti.
Marcos mengulangi pesanannya tentang perpaduan di hadapan penyokongnya di wilayah Iloilo, dalam perhimpunan pertama daripada tiga yang terbesar minggu ini sebelum tempoh kempen berakhir pada Sabtu.
"Kami telah menjelajah ke seluruh negara untuk meraih sokongan demi pergerakan kempen perpaduan kami,” ujar Marcos, yang dilihat sedang berusaha sehabis baik untuk menjenamakan semula nama keluarganya, selepas 36 tahun kuasa rakyat menggulingkan ayahnya serta menyebabkan keluarganya hidup dalam buangan.
Penganalisis politik berkata, Marcos kini dibantu oleh pasukan perhubungan awam untuk mengubah persepsi ke atas keluarganya, meskipun para pengkritik mendakwa keluarga Marcos cuba mengubah sejarah.
"Mereka mempunyai kelebihan untuk mencetus naratif menarik, yang kita ketahui mengubah fakta sejarah. Bagaimanapun, ia diterima oleh kebanyakan pengundi,” ulas profesor politik yang telah bersara, Temario Rivera.
Di wilayah Negros Occidental, yang sepatutnya menjadi lokasi kempen kecil untuk Robredo, 57, bertukar menjadi rapat umum besar apabila dihadiri ramai ratusan penyokongnya. Di situ, beliau menjanjikan kerajaan yang jujur dan telus dalam kempennya.
Dalam satu kaji selidik yang dikelola Pulse Asia pada pertengahan April, 56 peratus daripada 2,400 responden menyokong Marcos, 23 peratus menyokong Rodredo, manakala bekas petinju, Manny Pacquiao, dan Datuk Bandar Manila, Francisco Domagoso masing-masing 7 peratus dan 4 peratus.
Agensi
Wed May 04 2022

Penyokong Leni Robredo berhimpun dalam satu rapat umum di Bagiou City, wilayah Benguet, Filipina pada 2 Mei lalu. - Reuters

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.

Milanovic dahului pusingan kedua pilihan raya Presiden Croatia - Tinjauan
Tinjauan yang diterbitkan oleh tiga stesen televisyen tempatan menunjukkan Milanovic memperoleh 77.86 peratus undi.

Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.

Ketua pembangkang Korea Selatan didapati bersalah berbohong semasa kempen presiden
Jika keputusan itu dikekalkan, Lee boleh kehilangan kerusi parlimennya dan dilarang bertanding dalam pilihan raya presiden 2027.

Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.

Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.

Peningkatan pengundi baharu dalam undian awal boleh ubah haluan negeri penentu di AS
Dengan hampir 60 juta undi telah disempurnakan, data undian awal memberikan gambaran mengenai kedinamikan perlumbaan presiden tahun ini.

Pemilihan Presiden AS: Trump dahului Harris 2 peratus - Tinjauan
Tinjauan menunjukkan bahawa 47 peratus pengundi di AS akan memilih Trump, berbanding 45 peratus untuk Harris.

Elon Musk bagi dana politik RM322 juta untuk kempen Trump
Sumbangan dana politik itu menunjukkan pengaruh besar Musk dalam menyokong kempen Trump sempena pilihan raya 5 November ini.

Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan
Berdasarkan tinjauan, Saied memperoleh 89.2 peratus undi, diikuti Ayachi Zammel dengan 6.9 peratus dan Zouhair Maghzaoui dengan 3.9 peratus.