Rasa sedih dan terkejut Obama itu dizahirkan di akaun Twitter milik peribadinya.
Obama semasa pentadbirannya pernah duduk semeja, menikmati minuman dan menjamu selera hidangan mee di sebuah restoran kecil di Hanoi, Vietnam pada 2016.
Gambar kenangan bersama Bourdain itu turut dikongsi Obama di laman Twitternya.
"Mengenang Bourdain sama seperti mengingati seorang tukang cerita, tukang tulis dan tukang masak," kata Obama dalam entrinya.
BACA: Chef selebriti antarabangsa Anthony Bourdain meninggal dunia
Kepada beliau, Bourdain akan kekal diingati bukan sahaja sebagai individu yang mengajar tentang erti makanan tetapi pada lapis lain, mendiang memiliki keupayaan untuk menyatukan semua menerusi buku dan rancangan memasaknya.