WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, berikrar akan membawa pulang rakyatnya yang masih terperangkap di Afghanistan.
Jaminan diberi gara-gara kesukaran dihadapi untuk memindah keluar rakyatnya dan beberapa kumpulan yang layak susulan pengambilalihan Taliban.
"Kami tidak menerima isyarat bahawa mereka tidak dapat memasuki Kabul untuk ke lapangan terbang. Kami juga telah membuat perjanjian bersama Taliban dan setakat ini mereka dibenarkan ke sana. Penting untuk mereka tiba ke sana (lapangan terbang).
"Setakat ini tiada insiden yang kami ketahui melibatkan rakyat Amerika Syarikat, mereka yang mempunyai pasport negara ini, yang dihalang untuk ke lapangan terbang.
"Namun kami akan lakukan segalanya untuk memastikan kesemua mereka tiba ke lapangan terbang," katanya.
Biden pada masa mengulangi komitmen untuk membantu Afghanistan.
Presiden Amerika Syarikat itu berdepan kritikan susulan kelewatan proses membawa pulang rakyat negara berkenaan.
Ia selepas penerbangan dari Kabul dihentikan buat sementara waktu pada Jumaat.
Astro Awani
Fri Aug 20 2021
Jaminan diberi gara-gara kesukaran dihadapi untuk memindah keluar rakyatnya dan beberapa kumpulan yang layak susulan pengambilalihan Taliban. - Foto fail/AP
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
Pengasuh didakwa cuai hingga sebabkan kecederaan kanak-kanak setahun
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.
Pilihan Raya AS 2024: Dunia berdebar menanti saat Amerika menuju ke pusat mengundi
Dengan hanya beberapa jam sebelum rakyat Amerika Syarikat (AS) keluar mengundi, tumpuan dunia termasuk di Malaysia.
Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak perempuan
Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Maaf, saya tidak boleh guna Bahasa Inggeris ketika ini - Ruben Amorim
Ruben Amorim terlibat dengan satu perbualan canggung bersama wartawan sewaktu sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.
Kemuka senarai asnaf tidak layak, pengerusi masjid direman 6 hari
Seorang pengerusi masjid ditahan reman SPRM kerana dipercayai memberikan maklumat asnaf berstatus miskin kepada sebuah badan kebajikan.
Memahami Perbelanjaan Kehidupan Wajar di Malaysia: Perspektif Pakar
Dalam video ini, kami akan membincangkan topik penting mengenai perbelanjaan kehidupan wajar di Malaysia bersama Mohammad Abdul Hamid, Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi di IKRAM dan Pensyarah Ekonomi Tingkah Laku di UM. Kami akan menyentuh isu-isu seperti kesedaran awam dan ketelusan dalam metodologi DOSM, kesaksamaan sosioekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar, serta bagaimana data ini boleh memandu dasar dan intervensi kerajaan. Sertai kami untuk memahami lebih lanjut tentang bagaimana penanda aras seperti PAKW ditentukan dan peranannya dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.
CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup.
Kalkulator DOSM untuk kos sara hidup
Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) ini dibangunkan secara sistematik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk memberi satu nilaian kos kehidupan wajar. MyPAKW boleh digunakan sebagai panduan oleh isi rumah/individu untuk mengetahui nilai perbelanjaan asas kehidupan wajar yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak serta mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.